ALHAMDULLILAH DAN SEGALA PUJI HANYA UNTUK NYA DAN SERIBU SALAWAT KEPADA KEKASIHNYA. Semuanya yang aku tulis adalah semua perkara lama yang mungkin sudah diketahui, mungkin yang belum diketahui, dan amat mungkin yang kita sudah lupa. Kita sebagai umat hanya mengumpulkan, memelihara yang lama, dan diwajah barukan untuk kesegaran diri dan jiwa yang berterusan untuk hari ini dan besok.

Semoga artikel-artikel yang sedikit ini mendapat rahmat dan memberi kebaikan kepada kita dan keturunan kita sebagai manusia. Yang baik semuanya datang dari-Nya. Semua yang buruk datang dari aku. Insya Allah. Selamat Datang.

Rabu, 12 Ogos 2009

ISTIMEWANYA OTAK MANUSIA (BAH. 1)

Jika ingin tahu , dari penemuan sains neurologi yang dijalankan oleh Simon LeVay menjelaskan bahawa otak manusia yang homoseksual berbeza dengan otak lelaki heteroseksual. Dalam perbandingan antara lelaki dan wanita tiga bahagian otak yang berbeza iaitu korpus kolosum, hipotalamus dan lobus parietal bawah. Selain itu saiz otak lelaki baik yang heteroseksulal dan homoseksual ememangnya lebih besar dari otak wanita.

Korpus kolosum bagi wanita adalah lebih besar berbanding lelaki. Korpus kolosum merupakan jambatan yang menghubungkan otak kanan dan otak kiri. Bagi wanita korpus kolosum yang besar ini mengandungi ribuan saraf yang mempercepatkan pengaliran maklumat dari otak kanan ke kiri dengan lebih cepat. Kecepatan ini, membentuk cara berfikir wanita lebih cepat berbanding lelaki. Namun ia bukan menjamin tahap kecerdasan wanita itu lebih tinggi.

Korpus kolosum yang besar ini, membuatkan wanita petah berkata-kata atau lebih vokal, termasuklah kesalahan bahasa yang penting dapat meluahkan emosinya berbanding lelaki yang lebih kepada diam. Pada kes tertentu, saiz besar korpus kolosum ini juga membantu wanita untuk menjadi seorang perayu atau penggoda dengan susun kata yang teratur sehingga membuat lelaki cair.

Bagi lelaki homoseksual, ia mempunyai korpus kolosum yang lebih besar berbanding dengan lelaki heteroseksual. Maka keperibadiannya lebih kepada emosi, sensitif serta penggoda. Malahan bijak berkata, berhujah atau bermain-main kata-kata berbanding dengan lelaki heteroseksual.

Hipotalamus adalah bahagian otak yang bertanggungjawab kepada penghasilan hormon-hormon seksual atau menentukan gerakan berahi dan orientasi seks wanita atau pun lelaki itu. Saiz hipotalamus pada wanita adalah lebih kecil berbanding dengan lelaki. Walaupun ia kecil, namun 'sengatannya' besar kerana orientasi seks atau kemahiran seks wanita yang melebihi 3 kali ganda berbanding lelaki. Sebab itulah wanita ketika melakukan seks boleh dilakukan apa sahaja , kerana semua bahagian tubuhnya sudah bersedia untuk dijelajahi oleh lelaki . Berbanding lelaki yang lebih malu dan segan-segan ketika berasmara di atas ranjang.

Bagi lelaki homoseksual, bahagian hipotalamus mereka juga adalah lebih kecil berbanding lelaki heteroseksual, malahan mempunyai saiz sama dengan hipotalamus di otak wanita. Faktor ini mendorong kepada dorongan nafsu sejenis dan kemahiran seks lelaki homoseksual pun boleh melampaui pemikiran manusia biasa.

Manakala lobus parietal bawah, merupakan ciri perbezaan yang ketiga di antara lelaki dan wanita ditahap kecerdasannya. Bagi lelaki, lobus parietal bawah mempunyai fungsi dan membentuk peribadi lelaki yang dapat mengambarkan atau membayangkan sesuatu perkara dalam fikirannya sahaja berbanding wanita yang memerlukan pancaindera. Lobus parietal bawah lelaki ini lebih besar berbanding wanita dan amat penting dalam ilmu matematik, kejuruteraan dan seni. Itulah perbezaannya.

Bagi lelaki homoseksual, lobus parietal adalah sama dengan lelaki heteroseksual, cuma yang berbeza ialah korpus kolosum dan hipotalamus.

Cuba bayangkan kelebihan lelaki homoseksual dengan lelaki heteroseksual. Orang yang sensitif dan emosi, orang yang petah dan pandai berkata-kata dan orang yang mempunyai kemahiran seks dan asmara yang tinggi. Tetapi tahap lobus parietal iaitu kecerdasannya sama dengan lelaki heteroseksual.

Cuba gabungkan!!!!! Lelaki homoseksual adalah lebih hebat berbanding lelaki heteroseksual, jika mereka menggunakannya dengan baik ketiga-tiga anugerah itu. Mereka boleh menjadi pendebat yang petah, orang seni yang halus, perekacipta yang dikagumi, pemikir yang agung dan boleh melangkaui tahap manusia biasa berfikir.

Disamping itu, amat bersedia menjadi seorang yang telah sedia setia dan romantik dengan menjanjikan aksi ranjang yang hebat. Malahan mereka lebih jujur dan memendam emosi, mereka lebih mudah menangis. Berbanding dengan lelaki heteroseksual yang tidak mampu mengawal emosi yang selalu berakhir dengan tindakan kasar.


Lelaki homoseksual makhluk yang menakjubkan!!!! Kesimpulan aku mungkin mengundang kontroversi. Tetapi tidak salahkan untuk menunjukkan ketakjuban ciptaanNYA. Bagi aku, mereka yang menghina golongan ini, merekalah golongan yang rugi dan buta mata dalam membuat penilaian kelebihan ciptaanNYA.

Nanti aku sambung dalam Bahagian 2, untuk dikaitkan dari perspektif al-Quran.

Rabu, 5 Ogos 2009

TEMPAT TIDUR RASULULLAH SAW


Jika ingin tahu, bagaimana pula tempat tidur Rasulullah SAW? Meh aku kongsikan cerita.....

Aisyah RA meriwayatkan,
"Sungguh, tempat tidur Rasulullah SAW, terbuat dari kulit binatang yang diisi dengan sabut."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Muhammad bin Ali bin Hussain meriwayatkan,
"Seseorang bertanya kepada Aisyah, 'Seperti apa tempat tidur Rasulullah SAW di rumah mu?'. Ia menjawab, 'Terbuat dari kulit yang diisi dengan sabut.'."

"Seseorang bertanya pada Hafshah, 'Seperti apa tempat tidur Rasulullah SAW di rumah mu?'. Ia menjawab, 'Kain mori yang kami lipat dua kali, hingga beliau tidur diatasnya. Pada suatu malam, saya beranggapan bahawa jika saya melipatnya empat kali, nescaya tempat tidur itu menjadi lebih empuk. Maka, kami pun melipatnya empat kali. Namun, saat terbangun, beliau bertanya, 'Apa yang kalian sediakan untuk tempat tidurku tadi malam? Kami menjawab, 'Itu memang tempat tidur engkau, hanya saja kami melipatnya empat kali supaya lebih empuk.' Maka Rasulullah SAW bersabda, 'Kembalikanlah seperti semula! Kerana keempukannya telah menghalangiku untuk melaksanakan solat malam.'."


(Riwayat Tirmidzi). Sumber : Syamail Muhammad SAW - Imam al-Tirmizi

TERTIB TIDUR RASULULLAH SAW


Jika ingin tahu, aku ingin kongsi adab tidur dan tempat tidur Rasulullah SAW.

TERTIB TIDUR SUNNAH RASULULLAH SAW

Bara' bin Azib RA meriwayatkan,
"Ketika hendak tidur, Rasulullah SAW selalu meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan beliau seraya berdoa.".........." yang bermaksud "Ya Rabb, lindungilah aku dari azab Mu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hamba Mu [dari kubur])"
[Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Nasa'i]


Hudzaifah RA meriwayatkan,
"Setiap hendak tidur, Rasulullah SAW selalu berdoa "........." yang bermaksud "Ya Allah, dengan nama Mu aku mati dan hidup". Dan setiap kali bangun tidur, baginda berdoa "........." yang bemaksud "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami, dan kepadaNya lah (kami dibangkitkan)."
[Riwayat Tirsmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Nasa'i.]

Aisyah RA meriwayatkan,
"Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah SAW, selalu menyatukan kedua tapak tangan beliau seraya membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian beliau meniup kedua telapak tangan beliau. Setelah itu, dengan kedua telapak tangan itu, beliau mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh beliau. Hal itu beliau lakukan tiga kali."
[Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Nasa'i.]

Sumber : Syamail Muhammad SAW - Imam al-Tirmizi

TIDURLAH MENGIRING KE KANAN!!


Jika ingin tahu, tidur mengiring ke kanan, bukan sahaja mengikut Sunnah Rasulullah SAW, tetapi telah terbukti dari aspek amalan kesihatan yang amat baik dan paling berkesan dalam pencegahan penyakit yang berpunca dari hormon.

Kajian yang dilakukan oleh Goltech dan Potsech, amalan tidur mengiring ke kanan, boleh mempercepatkan makanan dihadam dengan baik dan ditolak ke usus secepat 2-5 jam sahaja. Ini amat baik bagi mengelakkan obesiti. Jika orang mengatakan tidur boleh menggemukkan badan dan penyakit, benar jika kedudukan tidurnya mengiring ke kiri, kerana penolakan sisa makanan ke usus mengambil masa 5-8 jam.


Ketika tidur mengiring ke kanan, paru-paru kanan yang bersaiz lebih besar dari kiri, tidak memberi tekanan kepada paru-paru kiri yang lebih kecil dan juga jantung untuk berfungsi secara normal. Dan ini memberi kesan langsung kepada hati untuk bertindak memproses darah melancarkan pergerakan darah dalam tubuh serta pengendalian hormon-horman supaya terus stabil 24 jam di setiap kelenjar yang terdapat dalam tubuh kita.

Adab tidur yang dipraktikkan Rasulullah SAW iaitu mengiring badan ke kanan (di atas perut kanan), kedua betisnya di bengkok, dan tangan kanan diletakkan di bawah pipi, sambil menghadap arah kiblat. Dan kedudukan inilah selama 9 bulan di dalam rahim ibu.
Ini merupakan pilihan, semuanya terpulang pada diri sendiri untuk praktikkan atau pun tidak.

Sumber : Mausu'ah Al-I'jaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah Al-Muthahharah - Yusuf Al-Hajj Ahmad.

RASULULLAH SAW BERPESAN TENTANG TIDUR


Jika ingin tahu, Rasulullah SAW telah meninggalkan pesan kepada umatnya sebelum masuk tidur seperti diriwayatkan oleh Al-Barra' bin Azib RA, maksud sabda Rasulullah SAW :

"Jika hendak beranjak tidur, maka ambillah wuduk sebagaimana kamu wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuh bahagian kananmu, lalu ucapkanlah doa :

"Ya Allah, aku pasrahkan segenap diri Mu, aka serahkan segala urusan kepada Mu, dan aku suakakan diri ini kepada Mu, demi kecintaan dan pemujaan terhadap Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat lari dari Mu kecuali dengan bersuaka kepada Mu. Aku imani kitab yang Kau turunkan, dan aku percayai Rasul yang Kau utus. Jika malam ini aku mati."

Jika malam itu kamu mati, maka kamu mati dalam keadaan fitrah, dan jadikanlah doa ini sebagai kata terakhir yang kau ucapkan."


Tidur pun ada adabnya, tidur pun merupakan ibadat. Bacalah apa sahaja doa sebelum tidur buktikan kecintaan anda pada NYA dan KekasihNYA. Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Tidur adalah penyimpan diari semalam untuk dijadikan sejarah dan ia permulaan hari besok yang penuh misteri dan tanda tanya. Insya Allah.
Tidur umpama mati sebelum mati. Tidur menghadap ke kanan melatih diri kita untuk 'tidur' di liang lahad, begitulah umpamanya Wallahu A'lam.

Sumber : Mausu'ah Al -'Ijaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah Al-Muthahharah - Yusuf Al-Hajj Ahmad

Selasa, 4 Ogos 2009

TIDUR..... ROH DAN MIMPI


Jika ingin tahu, ketika tidur roh telah keluar sebahagian dari tubuh kita. Itu semua adalah mimpi!!!! Mimpi penuh dengan misteri dan terus diselubungi 1001 rahsia mimpi yang tidak mampu diungkap oleh sesiapa sehingga ke zaman ini. Bagaimana mimpi boleh menjadi teman setia manusia yang tidur.

Berbagai riwayat menceritakan pergerakan roh dan tidur ini. Meh...... aku kongsi yang aku jumpa.

Riwayat al-Baihaqi daripada Abdullah bin Amru bin al-'As, katanya, "Roh dinaikkan ke langit semasa tidurnya dan disuruh sujud di Arash. Maka sesiapa yang bersuci maka dia sujud dekat Arash, dan sesiapa yang tidak bersuci maka dia sujud jauh dari Arash."


Syeikh Izzudin Ibn Abdul Salam katanya, "Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur. Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit, maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan. Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka terjagalah tuannya daripada tidur."


Al-Syeikh Al-Suhaimi katanya, "Roh orang hidup itu memberitahu kepada hati akan apa yang dilihatnya." Makanya Syeikh Khalil Ibn Syahin dalam kitabnya al-Isyarat Fi Ilm al-Ibarat katanya, "Barang siapa yang mahu mendapat mimpi yang benar, hendaklah dinyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya, kemudian tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas lambung kanannya dan menyebut nama Allah, dan membaca doa dan mengharapkan mimpi yang benar."

Mimpi yang benar?


Al-Hakim, al-Tabrani dan al-Uqaili meriwayatkan daripada Ibn Umar kata-kata daripada Ali RA; "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tiadalah seorang hamba sama ada yang lelaki atau wanita, yang mana apabila mereka tidur dengan sepenuh-penuhnya, yang mana apabila mereka dinaikkan rohnya ke Arash. Maka orang yang tidak sedar daripada tidurnya melainkan setelah rohnya sampai di Arash, itulah orang yang mimpinya benar. Dan orang yang terjaga daripada tidurnya sedangkan rohnya belum sampai ke Arash maka itulah orang yang mimpinya dusta."

Jasad dan Roh Terikat?


Ketika tidur, roh dan jasad tidak terpisah tetapi ia berpanjangan dihidungnya. Ibn Mandah, menjelaskan ketika roh keluar dari tidur, ia berkelana mengikut kemahuan Allah SWT ke segala pelusuk negeri yang berpanjangan dari hidungnya. Jika roh keluar 100% daripada jasad manusia itu, maka manusia itu akan mati. Ketika roh berkelana, Allah SWT menunjukkan pada roh manusia tentang kepada segala kegiatan alam ghaib termasuk malaikat dan syaitan kepada roh manusia itu. Kemudian ia dikembalikan kepada badannya. Sebab itu lah kadang-kadang kita akan mengalami 'dejavu'. Iaitu pada satu-satu ketika yang realiti, kita seperti telah mengalami peristiwa itu, yang kita tidak pasti bila peristiwa itu berlaku.

Tafsir (takwil) Mimpi?


Ibnu Qayim al-Jauziah, meriwayatkan mimpi boleh ditakwilkan atau dicari tafsirnya. Bagi ahli-ahli sufi, mimpi ditafsirkan melalui rahsia al-Quran. Bagi mereka yang tidak tahu, al-Quran merupakan Kalam Allah terdiri 11 pintu perbendaharaan rahsia yang perlu diterokai dan salah satunya ialah Qalam Takwil Mimpi iaitu rahsia ke-9, mukjizat Al-Quran.

Walau bagaimanapun, individu yang mampu memiliki dan menafsir ilmu mimpi bukan calang-calang orangnya iaitu orang yang mempunyai keperibadian yang amat baik di dunia dan akhirat. Berlandaskan kesucian hati dan amal individu itu. Serta lengkap sempurna amalnya dan sentiasa dibantu oleh cahaya Allah SWT serta pengetahuan yang amat baik tentang setiap rahsia makhluknya.


Al-Quran sebagai Qalam Takwil Mimpi, adalah sifat al-Quran yang paling lembut, paling umum ia merangkumi aktiviti yang paling luas meliputi perkara sebelum, semasa dan selepas yang melibatkan semua perkara di langit dan di bumi. Ketika tidur, roh sebenarnya telah dituliskan takdirnya berdasarkan kepada Qalam ini yang telah diwujudkan 50,000 tahun sebelum sesuatu perkara berlaku di dunia, dan sekali lagi ditetapkan ketika 40 hari pertama dan 40 hari ketiga.

Jika orang kata mimpi itu mainan tidur, amat betul kerana tidak betul adab tidurnya. Tetapi jika betul adabnya sebelum tidur, setiap hari orang itu akan mendapat petunjuk-petunjuk untuk memandu arah hidupnya pada esok hari sehingga mati. Kerana ketika tidur yang beradab, akan disampaikan mimpi yang benar dan telah tertulis untuk dijadikan peringatan. Wallahu A'lam.

Tetapi bagaimana pula, ada orang yang berkata, tidak pernah mimpi dalam tidurnya? Atau pun lupa mimpinya selepas bangun tidur???? Yeah itulah rahsia roh yang kita tahu hanya sedikit sahaja.

Rujukan :
At-Tibyan - Ibnu Qayyim Al-Jauziah
Kasyful Ghummah - Syeikh Daud Abdullah Al-Fatani.


NIKMAT TIDUR


Menurut cerita, dan kita semua tahu, tidur adalah satu nikmat yang tidak boleh diceritakan kesedapannya. Pada suatu hari Thumamah melawat sebuah rumah kebajikan yang menempatkan orang-orang sakit jiwa di zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid. Tiba-tiba dia ditegur oleh salah seorang penghuni di situ.

"Assalammualaikum tuan." Sapa penghuni itu.
"Waalaikummusalam." Jawab Thumamah.

"Tuan betulkah tidur itu merupakan suatu nikmat?" Tanya penghuni itu.
"Memang betul." Jawab Thumamah.

"Tapi bila orang tidur itu dapat merasakan nikmatnya?" Tanya penghuni itu.

Belum sempat Thumamah menjawab, Penghuni itu menjelaskannya dengan panjang lebar, bunyinya,
"Kalau tuan jawab setelah jaga tidur, itu bukan nikmatnya tidur, tapi nikmatnya jaga. Kalau tuan kata sebelum tidur, tidak kena juga. Sebab bagaimana mungkin sesuatu dapat dirasakan nikmatnya sebelum dikerjakan. Kalau tuan jawab ketika sedang tidur, lagi tidak kena. Sebab orang tidur tidak akan rasa apa-apa."

Thumamah mendengar dan menjawab, "Maklumlah orang gila." Terus beredar dari situ.


Wallahu A'lam.

SENGSARA TIDUR MENGIRING KIRI


Jika ingin tahu, tidur mengiring kiri adalah kurang sempurna. Dalam sains kesihatan, tidur mengiring kiri akan menyebabkan jantung berada di bawah paru-paru. Ini akan menyukarkan jantung untuk mengepam darah dengan lancar disebabkan tekanan beban paru-paru kanan yang lebih besar berbanding kiri. Ia akan melemahkan fungsi jantung khususnya orang-orang tua. Pada masa yang sama juga, perut terut menekan jantung.

Gangguan pengepaman darah dari jantung turut mengganggu kitaran darah di dalam hati. Pada masa yang sama hati juga merupakan organ yang terberat di dalam badan manusia, ia juga akan memberi bebanan kepada jantung dan perut. Kegagalan semua ini, melambatkan proses penghadaman dan penolakan sisa makan dari perut ke usus yang mengambil masa 5 - 8 jam.


Pada masa yang sama juga, tabiat tidur mengiring ke kiri akan mewujudkan sakit paru-paru dan ginjal. Ini disahkan oleh pakar-pakar kesihatan dunia.


Sumber : Mausu'ah Al-I'jaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah Al-Muthaharah - Yusuf Al-Hajj Ahmad

DERITA TIDUR TERLENTANG


Jika ingin tahu, tidur terlentang dari perspektif sains kesihatan, Dr. Zhafir al-'Aththar, boleh menyebabkan pernafasan melalui mulut melebihi lubang hidung. Pernafasan melalui mulut adalah kurang sempurna, kerana itu bukan fungsi mulut diciptakan-Nya. Mulut tidak mempunyai roma-roma yang dapat menapis segala kuman atau bakteria yang boleh memasuki tubuh melainkan hidung yang bertanggungjawab atas fungsi pernafasan dan penapisan bakteria di udara.

Ketika pernafasan mulut berlaku ketika tidur terlentang, membawa risiko kepada mewujudkan risiko diserang catarrh (radang selaput lendir di hidung dan tenggorok yang disertai keluarnya lendir) dan selsema selama musim hujan. Ia juga mewujudkan kekeringan gusi atau radang gusi.

Orang yang suka tidur terlentang akan mewujudkan situasi dengkur yang mengganggu jiran-jirannya dan menghasilkan mulut yang berbau setelah bangun tidur serta lidah yang dipenuhi oleh bakteria. Bagi anak-anak yang terbiasa tidur terlentang dalam tempoh yang lama, akan menjadikan kepalanya menjadi datar.

Sumber : Mausu'ah Al-I'jaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah Al-Muthahharah - Yusuf Al-Hajj Ahmad

BALA TIDUR MENIARAP


Jika ingin tahu, tidur meniarap adalah kedudukan tidur di neraka Jahannam. Beberapa hadis terhadap larangan Rasulullah SAW terhadap perbuatan tidur meniarap yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, maksudnya :
"Ketika Rasullulah SAW melihat seorang lelaki tidur di masjid dengan kedudukan meniarap, menelungkupkan wajahnya, baginda lansung berseru : Ini adalah kedudukan tidur yang dibenci Allah dan Rasul-Nya."

Senada dengan itu juga, Abu Ummah RA meriwayatkan, "Suatu ketika Nabi SAW menghampiri seorang lelaki tidur di masjid dengan kedudukan meniarap, menelungkupkan wajahnya, baginda langsung menendang kakinya sambil berseru "

"Bangun dan duduklah, sesungguhnya kedudukan tidur demikian adalah kedudukan tidur di neraka Jahannam."

Jika ingin tahu dalam konteks sains kesihatan, Dr. Zhafir al-Aththar, menemukan ketika seorang itu tidur dalam keadaan meniarap, beberapa saat dia akan merasakan sesak nafas, beban tulang belakang punggung menghalangi dada untuk bernafas dengan sempurna. Kedudukan ini juga mewujudkan gesekan organ-organ seksual dengan katil sehingga mewujudkan masturbasi tanpa sedar.

Kedudukan pernafasan yang tidak sempurna ketika tidur meniarap, akan melemahkan jantung dan otak. Kajian di Australia membuktikan bahawa angka kematian mengejut di kalangan kanak-kanak berlaku lebih kerap kepada anak-anak yang suka tidur meniarap dengan kadar 3 kali ganda berbanding kematian mengejut dikalangan anak-anak yang suka tidur mengiring.

Sehingga hari ini aku masih belum jumpa mana-mana hadis tentang perkaitan kita tidur tiarap untuk menambahkan populasi syaitan. Bagi aku ada 'something' dengan hadis tu... Yang penting, kalau tidur tiarap, aku boleh samakan jer manusia tu ..... seperti mahkluk dalam gambar yang aku lampirkan. Jangan marah.. marah nanti kena jual!!!!

Sumber : Mausu'ah Al-'Ijaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah Al-Muthahharah - Yusuf Al-Hajj Ahmad

TIDUR DAN PEPATAH


Jika ingin tahu, cara seseorang manusia itu tidur boleh melambangkan keperibadiannya.. Sumber dari pepatah kuno dari adab tidur masyarakat pada masa itu.... : "Para raja suka tidur di atas punggung (terlentang), orang-orang kaya tidur di atas perut mereka (meniarap), sedangkan orang bijak tidur di atas salah satu perutnya (mengiring)."


Maka boleh lah pilih, mengikut citarasa dan gaya hidup anda. Kalau anda rakyat biasa, dan selesa tidur terlentang, itu anda telah menjadikan diri anda jadi raja. Wahhh best tu!!! Jika anda tak berapa nak kaya, anda pilihlah tidur meniarap. Jika anda nak jadi pandai, pilihlah tidur mengiring.

Wallahu a'lam.


Sumber : Mausu'ah Al-I'jaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah Al-Muthahharah - Yusuf al-Hajj Ahmad

TIDUR SIANG


Jika ingin tahu, tidur siang itu adalah baik. Tidur siang, dalam bahasa Arab disebut 'Qailulah'. Ini merupakan sunnah Rasulullah SAW. Tetapi maksud tidur siang itu bukan seperti macam tidur malam, yang kita buat berjam-jam sampai terkeluar segala air..... tapi ia hanya tidur sebentar. Kenapa ia dikatakan baik?


Rahsia tidur siang memberi kesan kerehatan badan bukan sahaja pada waktu siang sahaja tetapi membawa kepada ketenangan tidur pada waktu malam. Kadang-kadang bagi yang mengalami sukar tidur malam (insomnia), cubalah praktikkan rehat-rehatkan badan pada waktu siang.

Amalan ini paling mujarab dilakukan selepas solat Zuhur. Tapi aku selalu terlajak sampai pukul enam petang.... huhuhu. Mimpi best!!!!

Sunnah Rasulullah SAW ini, bukanlah bermaksud untuk dipraktikkan untuk tidur sampai terkeluar air liur basi, tetapi dipraktikkan dalam bentuk baring atau santai-santai. Tapi kita macam mana? Bekerja penat-penat siang hari...... lepas tu malam pulun tidur kenyang-kenyang...

Wallahu a'lam.

Sumber : Mausu'ah Al-I'jaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah Al-Muthahharah - Yusuf Al-Haj Ahmad

Isnin, 3 Ogos 2009

KUCING.... meow! meow!


Jika ingin tahu, kucing adalah haiwan paling bersih dari konteks kesihatan. Kerana kucing tidak membawa kuman dan mikrob kecuali hanya satu jenis penyakit. Penyakit apakah ini??

Jika penyakit ini berjangkit pada manusia, ia akan mengakibatkan kebutaan pada manusia. Bagaimana ia boleh terjadi? Penyakit ini hanya terkandung di dalam najis kucing. Maka jika ada haiwan yang memakan najis kucing ini, haiwan itu akan menghidap penyakit ini. Jika ayam yang makan, makan ayam itu bila disembelih dan dimakan oleh manusia, penyakit itu akan berpindah ke tubuh manusia yang memakannya.

Allah SWT Maha Pencipta dan Maha Adil, perhatikan kucing-kucing anda!! Sifat seekor haiwan yang tahu untuk menguburkan najisnya setelah menyempurnakan hajatnya, supaya tidak termakan oleh haiwan-haiwan lain. Dengan itu, kucing telah menyempurnakan tanggungjawabnya.

Bagaimana pula dengan kita? Jika kucing 'berak' rata-rata ... tolong lah buang dan paling penting ditanam ye... baunya menyengat yang perlu ditanam!!! Jangan dibuang jer, nanti ada makhluk yang hinggap dan kita termakan makhluk tu, tak pasal-pasal kita buta!!!!

Dalam hadis riwayat Lima Imam Hadis, Rasulullah SAW amat memuji-muji kucing yang bermaksud : "Kucing itu tidak najis. Ia hanya akan menjadi haiwan yang selalu mengelilingi kalian." Perawi hadis ini meriwayatkan perbuatan Rasulullah SAW terhadap kucing, "Saya pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk dengan air sisa minum kucing."


Sumber : Al-Haqa'iq ath-Thibiyyah fi al-Islam dari Mausu'ah Al-I'jaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah Al-Muthahharah - Yusuf Al-Hajj Ahmad

JOM MAIN SUDOKU.... JAWAPANNYA 7 !!


Jom main Sudoku..... jawapannya semua 7!!!....

Cuba kita ambil semula artikel tentang Bilangan Rasul dan Nabi.

a. Bilangan Nabi adalah 124,000.
b. Bilangan Rasul adalah 313.
c. Bilangan Rasul yang wajib dipercayai (beriman) adalah 25.
d. Bilangan Rasul Ulul Azmi adalah 5 (Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as dan Rasulullah SAW)

Cuba kita kira-kirakan nombor ini....

a. 1+2+4 = 7
b. 3+1+3 = 7
c. 2 + 5 = 7


SEMUANYA PATAH BALIK KEPADA NOMBOR 7!!!! Zat Maha Allah Yang Maha Rahsia dan Maha Halus. Pernahkah kita terfikir apa maksud 7 itu? Aku amat pasti, Allah SWT tidak pernah menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia melainkan orang itu tidak memerhatikannya.

Bagi aku, ada sesuatu disampaikan oleh Allah SWT tentang 7 ini.
Mungkin aku boleh kaitkan dengan 7 petala langit dan 7 petala bumi. Aku setuju ia amat berkait. Tetapi kisah rasul-rasul dengan angka 7 lebih berkait dengan Peristiwa Isra' dan Miraj.

Kita rujuk Rasul-rasul yang menanti kedatangan Rasulullah SAW di setiap langit bermula langit pertama sehingga langit ke-7 dalam peristiwa Isra' Miraj. Siapakah Rasul-rasul itu?
  1. Langit Pertama - Nabi Adam as
  2. Langit Kedua - Nabi Yahya as dan Nabi Isa as
  3. Langit Ketiga - Nabi Yusuf as
  4. Langit Keempat - Nabi Idris as
  5. Langit Kelima - Nabi Harun as
  6. Langit Keenam - Nabi Musa as
  7. Langit Ketujuh - Nabi Ibrahim as
Pernahkah kita hendak ambil tahu tentang kisah-kisah 8 rasul ini? Rasanya kena ambil tahu dan perlu menjadi sari pati dalam diri kita, itu adalah jalannya untuk menjadikan solat sebagai syariat paling mulia dalam hidup kita. Syariat solat itu bukan perkara yang mudah, Rasulullah SAW pun mengakui situasi ini pada umatnya.

Saripati utama dari langit pertama sehingga langit ke tujuh tidak lain tidak bukan adalah manifestasi silaturrahim. Rasulullah di bawa bertemankan malaikat mengunjungi setiap langit dengan mengukuhkan silaturrahim, kemudian ke Arasy dan menerima perintah syariat solat dari Allah SWT. Tetapi kita dimana memahami manifestasi silaturrahim ini?

Memang lah mudah untuk berdiri dan solat, tetapi orang yang solat juga masuk Neraka Wail, jika tidak kena caranya. Jangan main-main dengan solat!!!!
Serta jangan main-main dengan perkara berkaitan silaturrahim!!! Walaupun beribu tips dibagi untuk mewujudkan khusyuk solat, selagi kita tidak faham manifestasi silaturrahim, tiada guna maksud solat itu. Adakah itu khusyuk??

Hakikatnya khusyuk yang dimaksudkan ialah khusyuk secara total dari berdiri sehingga tertib salam, dan khusyuk di luar solat juga secara total bermula hidup hingga mati, tiada sebarang was-was. Tetapi kita di mana? Dalam solat khusyuk hanya sekejap, lepas solat kita buat perkara yang menyakitkan hati dan menyusahkan hidup orang lain.... ada ke patut? Memang tak patut...

Dari 50 kepada 5? Cuba renungkan Rasulullah SAW mengambil masa 10 kali untuk turun naik dari langit ke 6 ke Arasy. Baginda Rasulullah SAW perlu melalui Langit 7, 8, 9 dan 10 berapa kali ? 10 kali. Pernahkah kita terfikir? Ada sesuatu rahsia yang besar disimpan oleh Allah SWT. Ini merupakan perumpamaan satu kerinduan Allah SWT kepada kekasihNYA!!!!

Jika nak fikir lagi jauh..... Pernah kah kita terfikir kenapa kita solat 17 rakaat satu hari? Iaitu 4 rakaat 3 kali, 3 rakaat sekali dan 2 rakaat sekali? Kenapa kita solat 10 rakat diwaktu siang dan 7 rakaat di waktu malam?.... jika hendak fikir yer!! Aku tidak paksa!!!

Kalau kita perhatikan semua angka ini ada dalam Mukjizat Isra' dan Miraj. Peristiwa Isra' & Miraj berlaku pada malam 27 Rejab. Rejab adalah bulan ke-7, kalendar Qamariah. Peristiwa ini berlaku dalam tahun ke-10 selepas Kerasulan Rasulullah SAW.

Jom kira lagi..... 2+7+7+1+0 = 17.... adakah 17 ini menjawab 17 rakaat solat sehari?? Wallahu A'lam.Hanya Allah SWT sahaja yang tahu, kita sebagai hamba hanya meneroka ilmuNYA.

Tarikh peristiwa itu berlaku, ini bermakna syariat solat diperintahkan kepada umat manusia ketika Baginda Rasulullah SAW berusia 50 tahun. Backward...... Rasulullah SAW menerima wahyu pertama pada usia 40 tahun iaitu pada malam 17 Ramadhan. Sekali lagi rahsia angka 17, 5 dan 4 bermain dalam rahsia solat.

Hendak lagi jauh.... berapa lamakah tempoh Rasulullah SAW menunaikan solat lima waktu selepas Peristiwa Isra' dan Miraj iaitu hanya 13 tahun sahaja sepanjang hayat Rasulullah SAW. Perhatikan angka 13 pada tertib solat kita ada berapa? 13 rukun wajib!!! Rahsia angka lagi....
Forward.... Rasulullah SAW wafat pada 12 Rabiul Awal tahun ke-11 Hijrah, ketika Baginda Rasul berusia 63 tahun. Rabiul Awal pula, bulan ke-3 mengikut kalendar Qamariah.

Kali ini, aku ajak semua kira-kira dalam kalendar Syamsiah. Syariat solat berlaku dalam Kurun ke-7 pada tahun 619 Masehi. Kita campurkan 6+1+9 = 16, dan jika dihitung dengan kalendar Qamariah, bilangan tahun kalendar Syamsiah perlu ditambah 1( usia dalam kalendar Syamsiah adalah lewat setahun). Makanya, kena kira semula 6+1+9+1 = 17..... Rahsia 17 lagi????

Semua angka solat bermain dalam lingkungan angka 1 hingga 7, tiada angka 8 dan 9. Rumusan jumlah rakaat sehari solat adalah 17 rakaat dalam 5 waktu.

Aku cuma memberi satu jalan sahaja, mungkin ada jalan yang lain dan lebih mudah. Kerana cinta tidak akan datang membuta tuli jika tidak dicari. Dan cinta juga tidak akan diberi kalau tidak dipinta. Cinta juga akan pergi, jika kedatangannya tidak diraikan. Semua perkara di dunia berlaku adalah disengajakanNYA bukannya kebetulan.

Tujuan ini bukan untuk menghina solat sehingga perlu dikira-kira atau berkira, tetapi apa gunanya kalau kita tidak memerhatikan asal-usulnya?? Aku hanya beri satu jalan sahaja, mungkin ada jalan pintas yang sudah ada dan lagi mudah, ikutlah sahaja jalan itu!! Lagipun setiap orang jalannya berbeza mengikut sesuai badannya, tetapi tujuannya tetap SATU!!

AWAS : JIKA ANDA TIDAK MAMPU BERFIKIR, HENTIKAN PEMIKIRAN KERANA IA BOLEH MEMUDARATKAN DIRI ANDA, KERANA SYAITAN MAMPU MEMESONGKAN!!!. PALING TIDAK BERTANYA ORANG YANG LEBIH MAHIR!!!! INSYALLAH ADA JAWAPANNYA. INGAT!! AKU HANYA MENUNJUK JALAN SAHAJA, TERPULANG KEPADA ANDA UNTUK MEMILIH ATAU TIDAK.

Wallahu A'lam

Rujukan :
Muhammad for The Global Village - Muhammmad Al Hasyimi Al-Hamidi
Kitab Qishass-al-Anbiya' Ibratun li-Ulil Albab - Ibnu Khatir
Mencapai Ma'rifat (Satu Pendekatan) - Ibnu Abdullah Al-Naqsyabandi


Ahad, 2 Ogos 2009

MAKKAH AL-MUKARAMAH..... future?? may be? Insya Allah.








MAKKAH AL-MUKARAMAH.... today and in progress







Gambar yang terakhir ini merupakan ilustrasi pembangunan yang sedang dalam pembinaan. Nanti aku cari apa nama projek ini. Tak jumpa lagi..... huhuhu. Kita hanya mampu merancang, Tuhan Yang Maha Menentukan. Insya Allah.

MAKKAH AL-MUKARAMAH.... in classic view (vol.5)







MAKKAH AL-MUKARAMAH.... in classic view (vol. 4)





MAKKAH AL-MUKARAMAH... in classic view (Vol.3)





MAKKAH AL-MUKARAMAH... in classic view (vol.2)





MAKKAH AL-MUKARAMAH... in classic view (vol.1)








USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!

USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!
_'hit' sahaja baner di atas, untuk ekplorasi tentang 1001 RAHSIA TIDUR_