Jika ingin tahu, tidur mengiring ke kanan, bukan sahaja mengikut Sunnah Rasulullah SAW, tetapi telah terbukti dari aspek amalan kesihatan yang amat baik dan paling berkesan dalam pencegahan penyakit yang berpunca dari hormon.
Kajian yang dilakukan oleh Goltech dan Potsech, amalan tidur mengiring ke kanan, boleh mempercepatkan makanan dihadam dengan baik dan ditolak ke usus secepat 2-5 jam sahaja. Ini amat baik bagi mengelakkan obesiti. Jika orang mengatakan tidur boleh menggemukkan badan dan penyakit, benar jika kedudukan tidurnya mengiring ke kiri, kerana penolakan sisa makanan ke usus mengambil masa 5-8 jam.
Ketika tidur mengiring ke kanan, paru-paru kanan yang bersaiz lebih besar dari kiri, tidak memberi tekanan kepada paru-paru kiri yang lebih kecil dan juga jantung untuk berfungsi secara normal. Dan ini memberi kesan langsung kepada hati untuk bertindak memproses darah melancarkan pergerakan darah dalam tubuh serta pengendalian hormon-horman supaya terus stabil 24 jam di setiap kelenjar yang terdapat dalam tubuh kita.
Adab tidur yang dipraktikkan Rasulullah SAW iaitu mengiring badan ke kanan (di atas perut kanan), kedua betisnya di bengkok, dan tangan kanan diletakkan di bawah pipi, sambil menghadap arah kiblat. Dan kedudukan inilah selama 9 bulan di dalam rahim ibu. Ini merupakan pilihan, semuanya terpulang pada diri sendiri untuk praktikkan atau pun tidak.
Sumber : Mausu'ah Al-I'jaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah Al-Muthahharah - Yusuf Al-Hajj Ahmad.

0 comments:
Catat Ulasan