ALHAMDULLILAH DAN SEGALA PUJI HANYA UNTUK NYA DAN SERIBU SALAWAT KEPADA KEKASIHNYA. Semuanya yang aku tulis adalah semua perkara lama yang mungkin sudah diketahui, mungkin yang belum diketahui, dan amat mungkin yang kita sudah lupa. Kita sebagai umat hanya mengumpulkan, memelihara yang lama, dan diwajah barukan untuk kesegaran diri dan jiwa yang berterusan untuk hari ini dan besok.

Semoga artikel-artikel yang sedikit ini mendapat rahmat dan memberi kebaikan kepada kita dan keturunan kita sebagai manusia. Yang baik semuanya datang dari-Nya. Semua yang buruk datang dari aku. Insya Allah. Selamat Datang.

Memaparkan catatan dengan label [C] SIRAH NABAWIAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label [C] SIRAH NABAWIAH. Papar semua catatan

Rabu, 5 Ogos 2009

TEMPAT TIDUR RASULULLAH SAW


Jika ingin tahu, bagaimana pula tempat tidur Rasulullah SAW? Meh aku kongsikan cerita.....

Aisyah RA meriwayatkan,
"Sungguh, tempat tidur Rasulullah SAW, terbuat dari kulit binatang yang diisi dengan sabut."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Muhammad bin Ali bin Hussain meriwayatkan,
"Seseorang bertanya kepada Aisyah, 'Seperti apa tempat tidur Rasulullah SAW di rumah mu?'. Ia menjawab, 'Terbuat dari kulit yang diisi dengan sabut.'."

"Seseorang bertanya pada Hafshah, 'Seperti apa tempat tidur Rasulullah SAW di rumah mu?'. Ia menjawab, 'Kain mori yang kami lipat dua kali, hingga beliau tidur diatasnya. Pada suatu malam, saya beranggapan bahawa jika saya melipatnya empat kali, nescaya tempat tidur itu menjadi lebih empuk. Maka, kami pun melipatnya empat kali. Namun, saat terbangun, beliau bertanya, 'Apa yang kalian sediakan untuk tempat tidurku tadi malam? Kami menjawab, 'Itu memang tempat tidur engkau, hanya saja kami melipatnya empat kali supaya lebih empuk.' Maka Rasulullah SAW bersabda, 'Kembalikanlah seperti semula! Kerana keempukannya telah menghalangiku untuk melaksanakan solat malam.'."


(Riwayat Tirmidzi). Sumber : Syamail Muhammad SAW - Imam al-Tirmizi

TERTIB TIDUR RASULULLAH SAW


Jika ingin tahu, aku ingin kongsi adab tidur dan tempat tidur Rasulullah SAW.

TERTIB TIDUR SUNNAH RASULULLAH SAW

Bara' bin Azib RA meriwayatkan,
"Ketika hendak tidur, Rasulullah SAW selalu meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan beliau seraya berdoa.".........." yang bermaksud "Ya Rabb, lindungilah aku dari azab Mu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hamba Mu [dari kubur])"
[Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Nasa'i]


Hudzaifah RA meriwayatkan,
"Setiap hendak tidur, Rasulullah SAW selalu berdoa "........." yang bermaksud "Ya Allah, dengan nama Mu aku mati dan hidup". Dan setiap kali bangun tidur, baginda berdoa "........." yang bemaksud "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami, dan kepadaNya lah (kami dibangkitkan)."
[Riwayat Tirsmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Nasa'i.]

Aisyah RA meriwayatkan,
"Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah SAW, selalu menyatukan kedua tapak tangan beliau seraya membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian beliau meniup kedua telapak tangan beliau. Setelah itu, dengan kedua telapak tangan itu, beliau mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh beliau. Hal itu beliau lakukan tiga kali."
[Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Nasa'i.]

Sumber : Syamail Muhammad SAW - Imam al-Tirmizi

RASULULLAH SAW BERPESAN TENTANG TIDUR


Jika ingin tahu, Rasulullah SAW telah meninggalkan pesan kepada umatnya sebelum masuk tidur seperti diriwayatkan oleh Al-Barra' bin Azib RA, maksud sabda Rasulullah SAW :

"Jika hendak beranjak tidur, maka ambillah wuduk sebagaimana kamu wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuh bahagian kananmu, lalu ucapkanlah doa :

"Ya Allah, aku pasrahkan segenap diri Mu, aka serahkan segala urusan kepada Mu, dan aku suakakan diri ini kepada Mu, demi kecintaan dan pemujaan terhadap Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat lari dari Mu kecuali dengan bersuaka kepada Mu. Aku imani kitab yang Kau turunkan, dan aku percayai Rasul yang Kau utus. Jika malam ini aku mati."

Jika malam itu kamu mati, maka kamu mati dalam keadaan fitrah, dan jadikanlah doa ini sebagai kata terakhir yang kau ucapkan."


Tidur pun ada adabnya, tidur pun merupakan ibadat. Bacalah apa sahaja doa sebelum tidur buktikan kecintaan anda pada NYA dan KekasihNYA. Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Tidur adalah penyimpan diari semalam untuk dijadikan sejarah dan ia permulaan hari besok yang penuh misteri dan tanda tanya. Insya Allah.
Tidur umpama mati sebelum mati. Tidur menghadap ke kanan melatih diri kita untuk 'tidur' di liang lahad, begitulah umpamanya Wallahu A'lam.

Sumber : Mausu'ah Al -'Ijaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah Al-Muthahharah - Yusuf Al-Hajj Ahmad

Jumaat, 31 Julai 2009

RAHSIA LABU..... PUMPKIN!


Jika ingin tahu, sayur labu merupakan sayur paling disukai oleh Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Anas RA, ketika Rasulullah SAW dijemput untuk sebuah jamuan yang diadakan oleh seorang tukang jahit pada zamannya, Rasulullah SAW dihidangkan masakan daging bersama sayur labu.

Rasulullah SAW memakan habis labu-labu yang terdapat di dalam hidangan itu, berbanding daging. Melihat situasi itu, jika sesuatu yang amat disukai oleh Rasulullah SAW pasti mempunyai 1001 kebaikan. Sejak itu lah Anas RA mencintai sayur labu ini.

Malahan kita pula di nusantara, lauk labu adalah makanan rasmi hanya ketika kenduri arwah sahaja atau majlis-majlis agama. Bila ditanya kenapa perlu lauk labu? Jika orang itu berilmu, jawapannya amat meyakinkan. Tetapi paling tidak, jawapannya ikut 'sunnah nabi' itulah jawapan mudah dari kebanyakan kita. (Sebenarnya, kenduri arwah bukanlah satu sunah sebenarnya seperti yang kita amalkan).

Dari penemuan sains, dari Kitab Tarkib al-Ath'imah, menjelaskan labu mempunyai kadar air yang mencapai 94.9% yang mengandungi SEDIKIT gula dan serat. 100 gram labu pula hanya mengandungi 65 kalori sahaja. Maka sesiapa yang mengalami obesiti, labu paling sesuai untuk menjadi lauk anda kerana amat kurang sodium dan ubat paling sesuai bagi yang mengalami tekanan (hipertensi).

Rasanya kalau zaman sekarang yang penuh tekanan ini, labu lah paling sesuai kot!! Murah pun murah!!!.. boleh save bajet kita..... automatik kurang hidup yang tertekan. Tension!! Tension!! Tension!!..... senyum......

Bagi mereka yang tidak lawas atau pun sembelit, lauk labu merupakan ubat paling mujarab untuk pelawasan selain buah-buahan kerana ia termasuk makanan paling lembut dan paling cepat reaksinya. Ia mengandungi potasium yang tinggi untuk pelancaran bagi penyempurnaan 'hajat' yang terpendam.

Air labu juga besar manfaatnya bagi mereka yang demam, menghilangkan rasa haus dan menghentikan sakit kepala ketika diminum atau dibasuhkan ke muka. Labu juga mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, besi, sulfat dan khlor.

Penemuan saintifik moden pada tahun 1985, labu mampu mencegah kanser!!!! Kajian ini dijalankan oleh National Institute for Cancer, Amerika Syarikat yang membuktikan labu melindungi penduduk New Jersey dari kanser. Maka tidak hairanlah ada hari labu dikalangan masyarakat kristian iaitu Haloween Day.

Itulah mukjizat Rasulullah SAW sebagai pakar botani , pakar kesihatan, dan pakar gastronomi . Mana mungkin seorang insan yang tidak tahu membaca boleh tahu 1001 rahsia tumbuh-tumbuhan jikalau bukan dari wahyu!!!

Paling sesuai untuk kita, 'biarlah si luncai dengan labu-labunya.'. Kasihan Si Luncai itu!!!

Sumber : Qabasat min Ath-Thibb an-Nabawi dari Mausu'ah Al-I'jaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim As-Sunnah Al-Muthaharah - Yusuf Al-Haj Ahmad

NAZAR ABDUL MUTHALLIB - DATUK RASULULLAH SAW


Jika ingin tahu, sebelum Rasulullah SAW dilahirkan ke dunia ini. Peristiwa penyembelihan Nabi Ismail as dan Nabi Ibrahim as yang berlaku pada kurun ke-5 Masehi berulang semula. Tetapi kali ini berbeza iaitu ketabahan Abdul Muthallib iaitu datuk Rasulullah SAW untuk menunaikan nazarnya menyembelih Abdullah putera bongsunya.


Semua sedia maklum Abdullah adalah ayahanda Baginda Rasulullah SAW. Kisah ini terjadi, Abdul Muthallib merupakan ketua kabilah Quraisy yang bertanggungjawab terhadap kebajikan ibadat masyarakat jahiliah iaitu penyembahan berhala di Kaabah. Maka sebagai ketua kabilah itu, beliau perlu memastikan setiap umat yang datang beribadat korban di Kaabah perlu dijaga kebajikannya, khususnya bekalan air.

Setelah berkurun sehingga zaman Abdul Muthallib, telaga zam-zam yang terpancar dari kaki Nabi Ismail as, telah terkambus. Itu adalah petanda bagi Allah SWT yang tidak merestui ibadat masyarakat jahiliah pada ketika itu dirumahNya. Walaupun masyarakat Quraisy ketika itu dianggap beriman kepada Allah tetapi tidak mengesakannya. Mereka menggunakan berhala-berhala untuk menjadi perantara antara mereka dengan Allah. Ini lah yang dikatakan golongan musyrik.

Walau pun, atas nasab kemuliaan Abdul Muthallib, dia bermimpi dan tahu bahawa di antara dua berhala utama kaum Quraisy iaitu Isaf dan Na'ilah terdapat telaga air zam-zam yang telah terkambus lama. Sebenarnya sebagai ketua kabilah, Abdul Muthallib tiada masalah untuk menggali terus sahaja telaga zam-zam itu, namun desakan dan fahaman kolot masyarakat Quraisy kerana khuatir kedua-dua berhala itu marah jika dilakukan usaha itu.


Usaha Abdul Muthallib terhenti, pada ketika itu beliau hanya mempunyai seorang anak iaitu Harris, baginya tidak mampu untuk bersama dalam menentang kedegilan masyarakat Quraisy yang jahil dan fanatik dengan berhala-berhala sembahan mereka. Sedangkan usahanya adalah satu kebaikan untuk mendapatkan bekalan air bagi menampung jumlah penduduk dan umat yang akan datang berkorban pada tahun-tahun berikutnya yang bertambah.

Atas kecewa dengan kedegilan masyarakat Quraisy, terkeluarlah nazar dari hatinya. Jika ia diizinkan oleh Allah dikurniakan sepuluh anak lelaki, dia akan menyembelih salah seorang anaknya di hadapan Ka'abah sebagai korban dan pengakuan atas kurniaanya. Allah izinkan permintaan Abdul Muthallib, dikurniakan sepuluh orang anak lelaki, dan paling bongsu lahirlah Abdullah, iaitu ayahanda Baginda Rasulullah SAW. Lahirnya Abdullah, Abdul Muthallib memutuskan untuk menunaikan nazarnya demi Allah sebagai korban.

Sejarah penyembelihan Nabi Ismail as oleh Nabi Ibrahim as berulang kembali.

Sumber : Muhammad for The Global Village - Muhammad Al-Hasyimi Al-Hamidi



Khamis, 23 Julai 2009

FIZIKAL RASULULLAH SAW

Jika ingin tahu, dari Anas ibnu Malik ra meriwayatkan;
"Postur tubuh Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi dan tidak pendek. Kulit beliau tidak terlalu putih dan tidak gelap. Rambut beliau tidak terlalu keriting dan tidak lurus tergerai. Allah SWT, mengutus beliau, sebagai rasul ketika beliau memasuki usia yang keempat puluh. Beliau tinggal di Mekah selama sepuluh tahun, dan di Madinah selama sepuluh tahun. Beliau wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh, sementara uban di rambut dan janggut beliau tidak mencapai dua puluh helai."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad)

Jika ingin tahu, dari Al-Bara' ibn Azib ra meriwayatkan;
"Postur tubuh Rasulullah SAW sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bahagian badan di antara bahunya lebar. Rambut beliau lebat, hujungnya menyentuh daun telinga bahagian bawah. Beliau memiliki baju berwarna merah. Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Sumber : Syamil Muhammad SAW - Imam al-Tirmizi.

USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!

USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!
_'hit' sahaja baner di atas, untuk ekplorasi tentang 1001 RAHSIA TIDUR_