ALHAMDULLILAH DAN SEGALA PUJI HANYA UNTUK NYA DAN SERIBU SALAWAT KEPADA KEKASIHNYA. Semuanya yang aku tulis adalah semua perkara lama yang mungkin sudah diketahui, mungkin yang belum diketahui, dan amat mungkin yang kita sudah lupa. Kita sebagai umat hanya mengumpulkan, memelihara yang lama, dan diwajah barukan untuk kesegaran diri dan jiwa yang berterusan untuk hari ini dan besok.

Semoga artikel-artikel yang sedikit ini mendapat rahmat dan memberi kebaikan kepada kita dan keturunan kita sebagai manusia. Yang baik semuanya datang dari-Nya. Semua yang buruk datang dari aku. Insya Allah. Selamat Datang.

Selasa, 1 September 2009

ADA APA DENGAN CINTA??? (BAH.4)

Kesimpulannya cinta yang sejati adalah bermula dengan kepercayaan. Kepercayaan adalah permulaan ketika mencari erti hidup termasuklah erti cinta yang sejati. Kita kena perlu percaya, yang diri kita tidak boleh terpisah dari masyarakat sekeliling kita. Sepatutnya kepercayaan itu perlu subur iaitu dijauhi sebarang syak wasangka pada sesiapa pun. Kerana syak wasangka punca kepada bencana di dunia ini.

Makanya apabila bercinta, kepercayaan itu merupakan kekuatan ketika kita berjuang mencari erti cinta sejati, bahkan kekuatan itu bukan milik kita sahaja tetapi milik bersama dengan masyarakat disisinya. Kepercayaan itulah tempat dia bersandar apabila dia mulai lemah dalam berjuang. Maka ketika mencari erti cinta sejati, keimanan dan kepercayaan adalah tunjang segalanya.

Kepercayaan itu umpama nadi, untuk menjadikan seseorang itu menjadi seorang yang budiman atau sebaliknya. Tanpa kepercayaan, maka retaklah syaja'ah, iffah, akal dan hikmah satu-persatu, dan diri kita tidak ada apa-apa umpama mati sebelum dimatikan.

Bila kepercayaan itu sudah dihadam kemas di dalam hati, maka cinta itu membentuk diri kita adalah milik semua, atau untuk kita memiliki sesuatu secara hak. Maka endingnya adalah keamanan, ketenangan dengan kita sentiasa menghormati hak orang lain. Penutupnya, dengan bermulanya memahami cinta yang sejati, maka diri kita sudah tidak gusar untuk melangkah ringan dan laju untuk menuju ke destinasi yang abadi dengan penuh iman dan takwa. Insyallah.

Ini sahajalah diari aku tentang cinta yang sejati. Apa yang aku tulis panjang lebar dari Bahagian 1 sehingga Bahagian 4 sebenarnya adalah versi remix dari penulisan Prof. Hamka dalam tulisannya tentang Falsafah Hidup yang ditulis pada tahun 1964. Kadang-kadang aku pun tercunggap jugak dalam memahami cinta sejati ini. Wallahu a'lam.

Semoga Tuhan akan terus merahmati kita semua untuk mendapatkan cinta yang sejati. Insyaallah.

-Tukang Cerita-

ADA APA DENGAN CINTA??? (BAH. 3)

Hikmah!! Merupakan prinsip kedua dalam membina cinta yang sejati. Apa maksud hikmah? Hikmah mendalami perasaan yang dikaitkan dengan persoalan seumpama pokok dan dahan. Jika kita dalam masyarakat, kita adalah dahan dan masyarakat adalah pokoknya. Jika dalam rumah tangga, kita sebagai anak adalah dahannya dan ibu bapa kita adalah pokoknya. Jika kita berumah tangga, isteri dan anak adalah dahannya dan kita sebagai suami dan bapa adalah pokoknya. Jika kita berkasih, Hawa adalah dahannya dan Adam adalah pokoknya.

Islam, memang wujud unsur ini dalam setiap ibadatnya iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji kesemuanya mengaitkan dengan berkait antara kita dengan masyarakat. Ingat dalam al-Quran menyebut 'Dipukulkan kepada mereka kehinaan di mana sahaja mereka ada, selama mereka belum berpegang dengan tali Allah dan tali manusia.', dan hadis 'Tidak beriman seorang kamu sebelum ia cinta kepada saudaranya sebagai mana kepada cinta dirinya sendiri.'

Jika hubungan cinta kita bertunjangkan prinsip ini yang suci, maka sucilah diri kita dan masyarakat disekeliling kita. Tetapi jika sebaliknya dari diri kita, maka celakalah kedua-duanya. Maka, jom kita tanamkan nawaitu untuk mencintai sesama manusia dengan tertib yang betul.

Sebenarnya, dalam memahami hikmah seperti menabur benih di ladang. Menabur ertinya memang mudah, tetapi untuk menguruskan benih supaya dapat membesar dan berbuah bukanlah semudah disangka. Lebih-lebih dalam dunia sekarang yang berbelit-belit, manusia bertambah ramai, ilmu bertambah tinggi, maka pandai-pandailah yer untuk memahami hikmah cinta itu mengikut upaya diri kita secara berperingkat-peringkat. Kayuh pelan-pelan!!!!

Cinta akan mengajar erti hikmah itu. Pengalaman cinta akan mengukuhkan hikmah cinta itu!!! Itu hak masing-masing untuk berfikir sejauh mana, setinggi mana, dan sedalam mana diri kita dapat memahami hikmah cinta yang sejati supaya sesuai dengan diri kita untuk orang yang kita sayang dan masyarakat di sekeliling kita.

Percayalah tiada manusia yang dapat memberi tunjuk ajar, hikmah cinta ialah yang melibatkan 'Perkara-perkara A', kemudian datang seorang lagi berkata, cinta ialah melibatkan 'Perkara-perkara B'. Untuk setakat ini, aku dapat simpulkan hikmah cinta tidak lain tidak bukan, meletakkan nilai cinta ditempat yang tinggi dan dikembalikan kepada yang berhak iaitu Allah SWT Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Tetapi ini pun bukan lah hikmah, ini adalah tujuan cinta.

Ok. Aku nak sambung Bahagian 4, bahagian kesimpulan Ada Apa Dengan Cinta...

ADA APA DENGAN CINTA??? (BAH. 2)

Keadilan!!! Sebagai prinsip pertama dalam cinta yang sejati. Keadilan yang sejati pula, adalah bermula dengan "adilkan diri kamu terlebih dahulu, sebelum menjadi pejuang keadilan orang yang lain.", begitulah umpamanya. Sememangnya itu tuntutan utama dalam membina cinta.

Jangan sesekali mengharap orang untuk berlaku adil kepada kita. Jangan sesekali pula menjatuhkan hukuman kepada orang lain. Jangan sesekali menimbulkan syak wasangka. Itu sememangnya haram!! Aku bekalkan ayat 11-13, Surat Al-Hujurat untuk kita sama-sama hadamkan dan menjadi darah daging dalam hidup kita. Dijemput untuk mencari makna ayat itu. Ahlan Wasahlan!!

Keadilan dalam konteks cinta yang sejati, adalah menimbang kebenaran dari satu-satu perkara yang kanan (baik) dan kiri (buruk) yang ada dalam diri dan perkara-perkara yang menimpa kita, yang perlu dilihat kedua-duanya datang dari kanan Allah SWT supaya kita redha dengan takdir-Nya dengan penghujungnya mesti diakhiri dengan syukur dan taubat. Itulah caranya menimbulkan sikap yang adil pada diri sendiri. Semuanya mengelakkan kita menjadi manusia yang suka mencari kesalahan orang lain dan menghukum orang lain dengan mudah. Pupuklah dalam hati.

Sudah sempurna kita menghadam tertib ini dan dipupuk dalam hati, datanglah ke muka masyarakat berbakti dan taburkan keadilan itu melata di setiap penjuru bumi. Keadilan yang sejati akan menimbulkan kasih sayang dan belas kasih apabila dua mata kita (mata kasar dan mata hati) melihat mereka yang lemah dan teraniaya. Berani tampilkan diri dengan sederhana ke muka masyarakat, membela!!!

Bila sudah timbulnya kasih sayang, maka mengiringlah pengorbanan dan kebajikan untuk membela mereka yang rasa lemah dan teraniaya, tetapi tertibnya tetap sederhana iaitu waras dan berilmu.

Klimaks keadilan yang sejati adalah dengan wujudnya erti kejujuran. Iaitu dengan merendah diri dan merasakan diri bersalah, jika apa yang kita lakukan seperti merosakkan kehidupan dan kesejahteraan manusia lain. Berani berkata jujur walaupun kejujuran itu akan membunuh diri kita dipenghujungnya.

Bagi mereka yang memiliki cinta yang sejati, akan merasakan hukuman itu wajib dan akan ditanggung walaupun sakitnya sehingga ke tulang sulbi sekalipun. Itulah sahaja yang mampu kita dapat lakukan untuk memuliakan diri kita, tiada siapa yang akan memuliakan kita di dunia ini melainkan diri kita sendiri yang berusaha ke arah itu.

Jangan khuatir, jika seseorang yang berani mengatakan dirinya bersalah, dan orang yang mengadili pula juga seorang pencinta yang sejati, dia juga tidak mampu untuk menghukum diri kita. Pecinta sejati tidak ada erti 'menghukum orang lain' dalam dirinya kecuali semua hukuman adalah milik Allah Yang Maha Adil.

Maka, taburkanlah keadilan dengan sederhananya. Jangan sesekali mengharap apa-apa balasan dengan apa yang diberikan walaupun tangan kanan pernah memberi sebijik beraspun untuk melihat orang lain hidup bahagia. Jika sebijik beras di balas dengan seguni pasir pun, simpanlah pasir itu dengan kemas, kerana pasir itu lambat laun akan digunakan sekurang-kurangnya untuk menghalau anjing-anjing liar di tepi jalanan.

Orait.... terjiwang pulak dalam menceritakan erti keadilan dalam cinta yang sejati. Aku sambung ke Bahagian 3, untuk sembang part 'hikmah' dalam cinta yang sejati.

ADA APA DENGAN CINTA??? (BAH. 1)

Ada Apa Dengan Cinta? Macam best jer tajuk artikel yang aku buat ni..... sebijik tajuk filem. Apa-apa pun semua manusia perlu bercinta, kerana manusia yang tidak bercinta adalah manusia yang gila dan manusia yang tidak tahu tujuan hidupnya untuk apa. Ramai ahli-ahli falsafah menulis bahawa cinta itu adalah perkara utama dalam dunia ini, tanpa cinta dunia ini akan kiamat.

Memang ada benarnya!!! Seketika kita membaca al-Quran, kita mulakan dengan kalimah Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Zat Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu sahaja sudah cukup untuk kita membenarkan cinta itu sememangnya wujud. Malahan ahli-ahli falsafah Islam lama, menyatakan cinta adalah salah satu perkara yang bersifat 'undang-undang alam'.

Sebelum aku pergi sembang jauh lagi bercakap tentang cinta. Meh sini aku sampaikan maksud undang-undang alam dulu. Undang-undang alam dalam al-Quran dan al-Hadis disebut sebagai 'sunattullah', 'as-syiratal mustaqim' dan juga disebut 'khalqil lahi'. Itulah undang-undang pertama dan tertua di dunia. Undang-undang yang tidak boleh diubah walaupun sedikit sekalipun.

Iaitu dunia telah tersedia datang dengan pakej ini. Setiap manusia yang lahir sudah datang dengan pakej ini juga, nun jauh dalam hati kita letaknya, masa ditiupkan roh pada 40 hari pertama dan ketiga . Maka celaka hidup seseorang itu, jika terkeluar dari batas dan ketentuan undang-undang alam ini.

Undang-undang alam ini merupakan keperluan yang hakiki dan perlu ada dalam setiap jiwa manusia jika mahu dikenali sebagai 'Insan', itu pun jika dia mahulah . Aku tak paksa. Jika tidak mahu, maka bersedialah untuk memasuki jalan kekufuran.

Cinta adalah salah satu sunatullah yang telah ditetapkan tertib dan caranya 50,000 tahun sebelum sesuatu makhluk diciptakan oleh-Nya. Cinta disebut dalam bahasa Arab sebagai mahabbah. Makanya jangan hendak mengatakan cinta itu buta. Kerana yang buta bukannya cinta tetapi manusia yang bernafsu dan buta berfikir tentang cinta. Ingat sejak Adam diciptakan sehingga cucu-cicitnya bernama manusia, sebahagian rohnya adalah roh Allah SWT. Cinta adalah sebahagian roh Allah SWT.

Apa itu cinta??? Inilah persoalan yang kita sering keliru, kerana kita tidak pernah ambil tahu apa prinsip-prinsipnya untuk menjana jiwa yang mempunyai cinta yang sempurna dan paling penting kita perlu kembalikan roh cinta ini kepada pemiliknya yang hakiki iaitu tidak lain tidak bukan Allah SWT.

Tetapi dalam kalangan kita, cinta adalah untuk memiliki. Adakah itu tepat? Mungkin tepat tetapi tidak tepat sangat ler. Sebab itu bila kematian, cerai dan putus cinta dalam kata lain clash, hidup macam nak gila... sebab salah kita juga, ingin memiliki rasa cinta, tetapi tidak berilmu. Bila dibagi anugerah itu, kita rasa dunia ini 'ana yang punya'.

Tapi bila diambil, 'nah! ambik kau.... terduduk!!'. Nak bercinta pun kena ada ilmunya. Kerana itu sunatullah!!! Bukan main belasah dan lenjan jer, tu lar yang wujudnya bidalan 'seperti monyet dapat bunga'. Sukakan bunga yang cantik tetapi dicabik-cabiknya sampai lunyai bunga itu 'si monyet' kerjakan. Lepas lunyai, dipijak-pijak pulak.... lepas tu petik bunga yang lain pulak..... abih semuo eh!!!.. macam lalat hijau.

Back to the story.... cinta adalah merupakan salah satu sunatullah yang umpama salah satu 'tali' yang menghubungkan antara diri kita dengan makhluk disekeliling kita khususnya manusia. Makanya cinta dalam konteks manusia sesama manusia berdiri dengan dua prinsip utama iaitu keadilan dan hikmah (wisdom).

Ahli-ahli falsafah dunia sejak Yunani Kuno sampai abad ke-21, terus mengatakan cinta adalah umpama sendi kepada dunia ini untuk terus terbit dari timur dan terbenam di barat. Jika tiada cinta ini, bersiap siaga diri untuk menemui mati. Mereka semua berkata, orang yang bercinta tidak akan mengecewakan manusia yang lain.

Awal-awal ini, aku simpulkan perkaitan antara keadilan dan hikmah sebelum aku jelaskan satu -persatu. Cinta yang dimasukkan cinta yang hakiki atau sempurna adalah akhlak atau budi pekerti yang memandang sesama manusia sebagai kecintaan yang perlu dibela.

Cinta yang perlu dibela mengandungi kejujuran dan amanah, manakala kejujuran dan amanah pula adalah tiang keadilan. Jika cinta itu tumbuh melata, maka ia akan mengandungi hikmah yang akan menuntun diri kita kepada jalan kebenaran, maka apabila jalan kebenaran telah tertunjuk, maka semakin hampirlah diri kita kepada Allah SWT, iaitu sebagai pencipta dan pemilik mutlak roh cinta itu. Mudahkan!!!

Mudahlah kot bagi mereka yang paham lenggok bahasa aku yang sempoi . Bagi mereka yang pernah bercinta, benda ini kacang jer lar. Bagi mereka yang dah ada cop 'buaya darat' benda ni lagi lar macam mengorek tahi hidung jer. Cehh!!! Najis!!!!

Tapi yang tak pernah bercinta, apa lagi tak reti-reti nak bercinta. Wait! Sabar jangan gelojoh jang, jangan tercungap-cungap daro!!! Ingat nak bercinta pun kena ada ilmu sedikit sebelum dipraktikkan, barulah mabrur roh ini sebagai ibadat, kalau tidak bersiap siagalah kamu dengan kebodohan dan kecelakaan!!!

Apa yang penting, sebelum aku brakekan artikel ini, untuk mencapai cinta yang sejati dan cinta yang sempurna, kena ada syaratnya juga. Syaratnya seseorang itu akan dan telah meletakkan rohnya iaitu segala gerak-gerinya dan segala hidupnya adalah semata-mata untuk manusia lain, bukan lagi untuk dirinya. Iaitu semuanya adalah ibadat, syukur, zikir dan tasbih. Tidak mengharapkan apa balasan melainkan keredhaan dari Allah SWT.

Pada zaman sekarang ini, agak-agaknya berapa ramai wujud manusia yang boleh buat macam ni, segalanya ibadat untuk orang lain. Iaitu menerangi hidup orang lain, walaupun dirinya musnah. Kalau ada, pasti orang akan kata, insan itu 'bodoh'. Hakikatnya itulah kemuncak takwa. Insyallah, jika betul jalannya.

Ini merupakan syarat utama dalam mencapai cinta yang sejati dan cinta sempurna. Macam kita keluar dari rahim ibu, kepala yang keluar dulu dan membawa segala jasad kita keluar ke muka bumi ini.

Aku stop kat sini dulu. Aku sambung kat Bahagian 2, untuk aku explain tentang erti 'keadilan' pulak. Jom....

MASIH WUJUDKAH LELAKI SUCI ??!

Aku tertarik dengan persoalan unik ini . Persoalan untuk umum, yang aku terjumpa dalam ILUVISLAM.Com. Satu persoalan yang membuatkan ramai lelaki memberi jawapan berbagai-bagai rupa dengan satu matlamat iaitu tetap mengatakan 'lelaki suci' itu masih wujud di dunia pada hari ini. Dah namanya pun lelaki tetap ada ego. Aku perlu sokong perjuangan kaum aku iaitu kaum Adam. Kaum Hawa jangan berkecil hati. (Pasti kaum Hawa menyatakan.... sememang dasar lelaki!!! tidak mahu mengalah...huhuhu)

Jika kita renungkan jauh, Baginda Rasulullah SAW adalah lelaki pertama di dunia ini telah disucikan hatinya oleh Allah SWT sebanyak dua kali. Pertama kali adalah pembedahan dan pembersihan hati yang dilakukan dalam keadaan diantara sedar dan tidak ketika Baginda Rasulullah SAW ketika berusia 4 tahun. Penyucian pertama untuk membentuk peribadi Rasulullah SAW menjadi manusia yang terkenal di kalangan masyarakat Arab pada ketika itu sebagai Muhammad Al-Amin.

Kemudian penyucian kedua, ketika Baginda Rasullulah SAW berusia 40 tahun pada malam 17hb Ramadhan. Semua kita sebagai umat Islam memang wajib tahu tentang peristiwa ini iaitu wahyu pertama diturunkan iaitu Surah Al-'Alaq, ayat 1- 5 dan secara rasminya Baginda Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul Akhir Zaman yang membawa cahaya untuk semua umat manusia dari timur sehinggalah ke barat.

Persoalannya apakah lelaki suci? Dalam ramai komen-komen dalam forum itu, lelaki suci dirujuk sebagai lelaki yang say
'no free sex', 'no masturbation', 'no porn' sepanjang mereka menjadi manusia sehingga hari ini. Mereka juga beranggapan 'lelaki suci' sememangnya hanya layak untuk perempuan suci. Itu adalah harapan bagi mereka yang mengatakan diri mereka suci. Wahhh!!!! Good answer!!!! Optimistic!!! Apa-apa pun jodoh urusan Allah SWT.

Tetapi tidak kurang juga kaum Adam yang jujur mengatakan dia tidak suci lagi. Saya kagum dengan kaum Adam yang mempunyai jiwa 'perkasa' seperti ini. Berani berkata benar, dan tidak mahu memilih dalam urusan jodoh. Terima seadanya yang bersesuaian dengan 'ketidak sucian' yang telah mereka lalui... sayu jer bila baca pengakuan benar forumer yang 'berani mati'.

Tapi pelik pula, dengan kaum Hawa. Mereka juga rata-rata inginkan lelaki suci dalam hidup mereka sebagai suami mereka. Bagi mereka lelaki suci adalah 'lelaki yang beriman.' Lagi
marvelous jawapan dari rata-rata kaum Hawa. Maka lelaki-lelaki suci dan lelaki yang tidak suci, kena cari jawapan maksud 'lelaki yang beriman' itu.

Bagi aku, jika lelaki itu mengatakan mereka itu suci itu dan hanya layak untuk perempuan suci. Adalah satu permintaan dari seorang lelaki yang sombong. Nampak seperti berilmu tetapi daif dalam memahami ilmu. Aku amat percaya zat Allah Yang Maha Adil. Sesuatu yang suci pasti akan digandingkan dengan sesuatu yang kotor. Manakala sesuatu yang kotor pasti akan digandingkan dengan sesuatu yang suci. Barulah saling lengkap-melengkapi sesama umat.

Manakala bagi lelaki yang mengaku tidak suci, ada kerendahan dirinya untuk menerima lantaran 'kejahatan' kononnya yang mereka lakukan maka setimpal dengan balasan yang akan diterima kemudian hari. Itu namanya putus asa pulak bila terlalu pesimis. Manusia itu perlu berusaha.

Kerana kesilapan lepas akan membetulkan diri kita untuk hari esok. Itulah kelebihan 1001 rahsia kesilapan. Bagi membenarkan diri kita sebagai seorang hamba yang hina disisi-Nya. Tiada manusia yang bebas dari sekecil-kecil kesilapan. Usahakan diri untuk menyucikan diri, kerana itu adalah tugas kita sebagai manusia yang hidup. Ingat kaum Adam! lambat laun diri kita akan menjadi pemimpin pada manusia lain.

Aku bukanlah nak menghasut kaum-kaum Adam kat luar sana, untuk mendekati zina.
Please read my message between the lines... orait. Zina sememangnya haram. Tetapi janganlah mengatakan dirinya suci. Bagi aku ukuran suci itu luas lingkupnya. Apa yang dibincangkan hanya tiga perkara itu pun perkara-perkara yang berlaku ketika kaum Adam dalam umur remaja sahaja. Bagaimana pula tentang 'no discrimination', 'no provocation', 'no corruption' dan perkara 'no' yang lain nya...... yang akan diharungi sehingga Izrail datang menjemput dengan 'karpet merah'.. jika 'karpet merah' lar.....Banyak benda lagi nak disucikan.

Aku rasa aku dah macam melalut pulak dalam bincangkan topik ini. Apa-apa pun, lelaki suci itu tetap ada dan masih wujud, jika lelaki itu tahu makna 'Iqra!' kerana itulah 'senjata' pertama untuk membelah dada bagi menyucikan hati kita semua, baik yang Adam mahupun Hawa. Maka sesiapa yang faham makna 'Iqra', janganlah kedekut sampai-sampaikan pada yang lain. Supaya makna 'Iqra' dapat diraikan bersama.
Insyallah.

Tetapi jika suatu zaman mendatang apabila kaum Adam dan Hawa sudah tidak kenal erti 'Iqra' , maka bumi ini pun akan dipupuskan dari cakerawala ini.

Semua manusia, dilahirkan dalam keadaan suci, dan akan disemadikan dengan suci oleh mereka yang hidup. Kemudian di bangunkan dalam keadaan amalnya ketika dia hidup. Semua manusia adalah suci, sudah pasti yang suci itu akan dikotori. Jika tidak, untuk apa al-Quran diturunkan sebagai 'senjata' lengkap untuk menyucikan diri!!!!!!

Manakala hubungan sesama manusia juga ada caranya untuk menyucikannya. Tidak lain tidak bukan adalah sentiasa memaafkan dan jauhi dendam. Janganlah jadikan bidalan '
hutang darah di bayar darah'. Itu tidak bagus sebagai seorang yang Islam dan mengaku dirinya 'suci'. Tetapi mudah sangat untuk syak wasangka dan menghukum orang lain tanpa diselidiki. Seperti dirinya sudah cukup suci dan amat baik disisi Allah berbanding manusia lain. Itu adalah orang yang bodoh!!!!

Paling mudah untuk menyucikan diri sebagai manusia adalah hanya dengan senyuman tertib iaitu jangan lepas langsung kalimah
'TIADA TUHAN SELAIN ALLAH', 'DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA PENYAYANG, 'ALHAMDULLILAH'. Itulah senyuman yang ikhlas dan tertibnya. Iaitu sesuatu yang baik dan buruk adalah datang dari tangan kanan Allah SWT. Senyuman paling ikhlas tertibnya akan mengalirkan air mata jua.

Air mata itulah penyucian yang abadi. Kerana tiada lagi air di dunia ini yang mampu menyucikan hati kita, jika bukan air mata. Tetapi janganlah menangis banyak-banyak, kerana air mata boleh buat mata buta. Maka hanya perlu menangis untuk kehinaan kita sebagai manusia sebagai hamba disisiNya dan menyucikan hati kita.
Insyallah.

"Ya Allah Ya Rabbi! Berikanlah petunjuk kepada diri kami sebagai hamba Mu dengan kekuatan untuk menyucikan diri kami yang sentiasa melakukan khilaf sepanjang kami menggunakan jasad, akal dan roh dari anugerah Kebesaran Mu . Ya Allah Ya Rabbi! Berikanlah kami kekuatan untuk terus saling memaafi hamba-hamba mu di sisi kami, dan jauhkan diri kami dari kesombongan dan hasad dalam diri kami. Ya Allah Ya Rabbi! Lindungilah diri kami dari menzalimi diri kami sendiri, dan jauhkan diri kami dari dugaan yang kami tidak mampu kami pikul. Amin."

-Tukang Cerita -

USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!

USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!
_'hit' sahaja baner di atas, untuk ekplorasi tentang 1001 RAHSIA TIDUR_