Aku tertarik dengan persoalan unik ini . Persoalan untuk umum, yang aku terjumpa dalam ILUVISLAM.Com. Satu persoalan yang membuatkan ramai lelaki memberi jawapan berbagai-bagai rupa dengan satu matlamat iaitu tetap mengatakan 'lelaki suci' itu masih wujud di dunia pada hari ini. Dah namanya pun lelaki tetap ada ego. Aku perlu sokong perjuangan kaum aku iaitu kaum Adam. Kaum Hawa jangan berkecil hati. (Pasti kaum Hawa menyatakan.... sememang dasar lelaki!!! tidak mahu mengalah...huhuhu)
Jika kita renungkan jauh, Baginda Rasulullah SAW adalah lelaki pertama di dunia ini telah disucikan hatinya oleh Allah SWT sebanyak dua kali. Pertama kali adalah pembedahan dan pembersihan hati yang dilakukan dalam keadaan diantara sedar dan tidak ketika Baginda Rasulullah SAW ketika berusia 4 tahun. Penyucian pertama untuk membentuk peribadi Rasulullah SAW menjadi manusia yang terkenal di kalangan masyarakat Arab pada ketika itu sebagai Muhammad Al-Amin.
Kemudian penyucian kedua, ketika Baginda Rasullulah SAW berusia 40 tahun pada malam 17hb Ramadhan. Semua kita sebagai umat Islam memang wajib tahu tentang peristiwa ini iaitu wahyu pertama diturunkan iaitu Surah Al-'Alaq, ayat 1- 5 dan secara rasminya Baginda Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul Akhir Zaman yang membawa cahaya untuk semua umat manusia dari timur sehinggalah ke barat.
Persoalannya apakah lelaki suci? Dalam ramai komen-komen dalam forum itu, lelaki suci dirujuk sebagai lelaki yang say 'no free sex', 'no masturbation', 'no porn' sepanjang mereka menjadi manusia sehingga hari ini. Mereka juga beranggapan 'lelaki suci' sememangnya hanya layak untuk perempuan suci. Itu adalah harapan bagi mereka yang mengatakan diri mereka suci. Wahhh!!!! Good answer!!!! Optimistic!!! Apa-apa pun jodoh urusan Allah SWT.
Tetapi tidak kurang juga kaum Adam yang jujur mengatakan dia tidak suci lagi. Saya kagum dengan kaum Adam yang mempunyai jiwa 'perkasa' seperti ini. Berani berkata benar, dan tidak mahu memilih dalam urusan jodoh. Terima seadanya yang bersesuaian dengan 'ketidak sucian' yang telah mereka lalui... sayu jer bila baca pengakuan benar forumer yang 'berani mati'.
Tapi pelik pula, dengan kaum Hawa. Mereka juga rata-rata inginkan lelaki suci dalam hidup mereka sebagai suami mereka. Bagi mereka lelaki suci adalah 'lelaki yang beriman.' Lagi marvelous jawapan dari rata-rata kaum Hawa. Maka lelaki-lelaki suci dan lelaki yang tidak suci, kena cari jawapan maksud 'lelaki yang beriman' itu.
Bagi aku, jika lelaki itu mengatakan mereka itu suci itu dan hanya layak untuk perempuan suci. Adalah satu permintaan dari seorang lelaki yang sombong. Nampak seperti berilmu tetapi daif dalam memahami ilmu. Aku amat percaya zat Allah Yang Maha Adil. Sesuatu yang suci pasti akan digandingkan dengan sesuatu yang kotor. Manakala sesuatu yang kotor pasti akan digandingkan dengan sesuatu yang suci. Barulah saling lengkap-melengkapi sesama umat.
Manakala bagi lelaki yang mengaku tidak suci, ada kerendahan dirinya untuk menerima lantaran 'kejahatan' kononnya yang mereka lakukan maka setimpal dengan balasan yang akan diterima kemudian hari. Itu namanya putus asa pulak bila terlalu pesimis. Manusia itu perlu berusaha.
Kerana kesilapan lepas akan membetulkan diri kita untuk hari esok. Itulah kelebihan 1001 rahsia kesilapan. Bagi membenarkan diri kita sebagai seorang hamba yang hina disisi-Nya. Tiada manusia yang bebas dari sekecil-kecil kesilapan. Usahakan diri untuk menyucikan diri, kerana itu adalah tugas kita sebagai manusia yang hidup. Ingat kaum Adam! lambat laun diri kita akan menjadi pemimpin pada manusia lain.
Aku bukanlah nak menghasut kaum-kaum Adam kat luar sana, untuk mendekati zina. Please read my message between the lines... orait. Zina sememangnya haram. Tetapi janganlah mengatakan dirinya suci. Bagi aku ukuran suci itu luas lingkupnya. Apa yang dibincangkan hanya tiga perkara itu pun perkara-perkara yang berlaku ketika kaum Adam dalam umur remaja sahaja. Bagaimana pula tentang 'no discrimination', 'no provocation', 'no corruption' dan perkara 'no' yang lain nya...... yang akan diharungi sehingga Izrail datang menjemput dengan 'karpet merah'.. jika 'karpet merah' lar.....Banyak benda lagi nak disucikan.
Aku rasa aku dah macam melalut pulak dalam bincangkan topik ini. Apa-apa pun, lelaki suci itu tetap ada dan masih wujud, jika lelaki itu tahu makna 'Iqra!' kerana itulah 'senjata' pertama untuk membelah dada bagi menyucikan hati kita semua, baik yang Adam mahupun Hawa. Maka sesiapa yang faham makna 'Iqra', janganlah kedekut sampai-sampaikan pada yang lain. Supaya makna 'Iqra' dapat diraikan bersama. Insyallah.
Tetapi jika suatu zaman mendatang apabila kaum Adam dan Hawa sudah tidak kenal erti 'Iqra' , maka bumi ini pun akan dipupuskan dari cakerawala ini.
Semua manusia, dilahirkan dalam keadaan suci, dan akan disemadikan dengan suci oleh mereka yang hidup. Kemudian di bangunkan dalam keadaan amalnya ketika dia hidup. Semua manusia adalah suci, sudah pasti yang suci itu akan dikotori. Jika tidak, untuk apa al-Quran diturunkan sebagai 'senjata' lengkap untuk menyucikan diri!!!!!!
Manakala hubungan sesama manusia juga ada caranya untuk menyucikannya. Tidak lain tidak bukan adalah sentiasa memaafkan dan jauhi dendam. Janganlah jadikan bidalan 'hutang darah di bayar darah'. Itu tidak bagus sebagai seorang yang Islam dan mengaku dirinya 'suci'. Tetapi mudah sangat untuk syak wasangka dan menghukum orang lain tanpa diselidiki. Seperti dirinya sudah cukup suci dan amat baik disisi Allah berbanding manusia lain. Itu adalah orang yang bodoh!!!!
Paling mudah untuk menyucikan diri sebagai manusia adalah hanya dengan senyuman tertib iaitu jangan lepas langsung kalimah 'TIADA TUHAN SELAIN ALLAH', 'DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR LAGI MAHA PENYAYANG, 'ALHAMDULLILAH'. Itulah senyuman yang ikhlas dan tertibnya. Iaitu sesuatu yang baik dan buruk adalah datang dari tangan kanan Allah SWT. Senyuman paling ikhlas tertibnya akan mengalirkan air mata jua.
Air mata itulah penyucian yang abadi. Kerana tiada lagi air di dunia ini yang mampu menyucikan hati kita, jika bukan air mata. Tetapi janganlah menangis banyak-banyak, kerana air mata boleh buat mata buta. Maka hanya perlu menangis untuk kehinaan kita sebagai manusia sebagai hamba disisiNya dan menyucikan hati kita. Insyallah.
"Ya Allah Ya Rabbi! Berikanlah petunjuk kepada diri kami sebagai hamba Mu dengan kekuatan untuk menyucikan diri kami yang sentiasa melakukan khilaf sepanjang kami menggunakan jasad, akal dan roh dari anugerah Kebesaran Mu . Ya Allah Ya Rabbi! Berikanlah kami kekuatan untuk terus saling memaafi hamba-hamba mu di sisi kami, dan jauhkan diri kami dari kesombongan dan hasad dalam diri kami. Ya Allah Ya Rabbi! Lindungilah diri kami dari menzalimi diri kami sendiri, dan jauhkan diri kami dari dugaan yang kami tidak mampu kami pikul. Amin."
-Tukang Cerita -

0 comments:
Catat Ulasan