ALHAMDULLILAH DAN SEGALA PUJI HANYA UNTUK NYA DAN SERIBU SALAWAT KEPADA KEKASIHNYA. Semuanya yang aku tulis adalah semua perkara lama yang mungkin sudah diketahui, mungkin yang belum diketahui, dan amat mungkin yang kita sudah lupa. Kita sebagai umat hanya mengumpulkan, memelihara yang lama, dan diwajah barukan untuk kesegaran diri dan jiwa yang berterusan untuk hari ini dan besok.

Semoga artikel-artikel yang sedikit ini mendapat rahmat dan memberi kebaikan kepada kita dan keturunan kita sebagai manusia. Yang baik semuanya datang dari-Nya. Semua yang buruk datang dari aku. Insya Allah. Selamat Datang.

Selasa, 1 September 2009

ADA APA DENGAN CINTA??? (BAH. 1)

Ada Apa Dengan Cinta? Macam best jer tajuk artikel yang aku buat ni..... sebijik tajuk filem. Apa-apa pun semua manusia perlu bercinta, kerana manusia yang tidak bercinta adalah manusia yang gila dan manusia yang tidak tahu tujuan hidupnya untuk apa. Ramai ahli-ahli falsafah menulis bahawa cinta itu adalah perkara utama dalam dunia ini, tanpa cinta dunia ini akan kiamat.

Memang ada benarnya!!! Seketika kita membaca al-Quran, kita mulakan dengan kalimah Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Zat Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu sahaja sudah cukup untuk kita membenarkan cinta itu sememangnya wujud. Malahan ahli-ahli falsafah Islam lama, menyatakan cinta adalah salah satu perkara yang bersifat 'undang-undang alam'.

Sebelum aku pergi sembang jauh lagi bercakap tentang cinta. Meh sini aku sampaikan maksud undang-undang alam dulu. Undang-undang alam dalam al-Quran dan al-Hadis disebut sebagai 'sunattullah', 'as-syiratal mustaqim' dan juga disebut 'khalqil lahi'. Itulah undang-undang pertama dan tertua di dunia. Undang-undang yang tidak boleh diubah walaupun sedikit sekalipun.

Iaitu dunia telah tersedia datang dengan pakej ini. Setiap manusia yang lahir sudah datang dengan pakej ini juga, nun jauh dalam hati kita letaknya, masa ditiupkan roh pada 40 hari pertama dan ketiga . Maka celaka hidup seseorang itu, jika terkeluar dari batas dan ketentuan undang-undang alam ini.

Undang-undang alam ini merupakan keperluan yang hakiki dan perlu ada dalam setiap jiwa manusia jika mahu dikenali sebagai 'Insan', itu pun jika dia mahulah . Aku tak paksa. Jika tidak mahu, maka bersedialah untuk memasuki jalan kekufuran.

Cinta adalah salah satu sunatullah yang telah ditetapkan tertib dan caranya 50,000 tahun sebelum sesuatu makhluk diciptakan oleh-Nya. Cinta disebut dalam bahasa Arab sebagai mahabbah. Makanya jangan hendak mengatakan cinta itu buta. Kerana yang buta bukannya cinta tetapi manusia yang bernafsu dan buta berfikir tentang cinta. Ingat sejak Adam diciptakan sehingga cucu-cicitnya bernama manusia, sebahagian rohnya adalah roh Allah SWT. Cinta adalah sebahagian roh Allah SWT.

Apa itu cinta??? Inilah persoalan yang kita sering keliru, kerana kita tidak pernah ambil tahu apa prinsip-prinsipnya untuk menjana jiwa yang mempunyai cinta yang sempurna dan paling penting kita perlu kembalikan roh cinta ini kepada pemiliknya yang hakiki iaitu tidak lain tidak bukan Allah SWT.

Tetapi dalam kalangan kita, cinta adalah untuk memiliki. Adakah itu tepat? Mungkin tepat tetapi tidak tepat sangat ler. Sebab itu bila kematian, cerai dan putus cinta dalam kata lain clash, hidup macam nak gila... sebab salah kita juga, ingin memiliki rasa cinta, tetapi tidak berilmu. Bila dibagi anugerah itu, kita rasa dunia ini 'ana yang punya'.

Tapi bila diambil, 'nah! ambik kau.... terduduk!!'. Nak bercinta pun kena ada ilmunya. Kerana itu sunatullah!!! Bukan main belasah dan lenjan jer, tu lar yang wujudnya bidalan 'seperti monyet dapat bunga'. Sukakan bunga yang cantik tetapi dicabik-cabiknya sampai lunyai bunga itu 'si monyet' kerjakan. Lepas lunyai, dipijak-pijak pulak.... lepas tu petik bunga yang lain pulak..... abih semuo eh!!!.. macam lalat hijau.

Back to the story.... cinta adalah merupakan salah satu sunatullah yang umpama salah satu 'tali' yang menghubungkan antara diri kita dengan makhluk disekeliling kita khususnya manusia. Makanya cinta dalam konteks manusia sesama manusia berdiri dengan dua prinsip utama iaitu keadilan dan hikmah (wisdom).

Ahli-ahli falsafah dunia sejak Yunani Kuno sampai abad ke-21, terus mengatakan cinta adalah umpama sendi kepada dunia ini untuk terus terbit dari timur dan terbenam di barat. Jika tiada cinta ini, bersiap siaga diri untuk menemui mati. Mereka semua berkata, orang yang bercinta tidak akan mengecewakan manusia yang lain.

Awal-awal ini, aku simpulkan perkaitan antara keadilan dan hikmah sebelum aku jelaskan satu -persatu. Cinta yang dimasukkan cinta yang hakiki atau sempurna adalah akhlak atau budi pekerti yang memandang sesama manusia sebagai kecintaan yang perlu dibela.

Cinta yang perlu dibela mengandungi kejujuran dan amanah, manakala kejujuran dan amanah pula adalah tiang keadilan. Jika cinta itu tumbuh melata, maka ia akan mengandungi hikmah yang akan menuntun diri kita kepada jalan kebenaran, maka apabila jalan kebenaran telah tertunjuk, maka semakin hampirlah diri kita kepada Allah SWT, iaitu sebagai pencipta dan pemilik mutlak roh cinta itu. Mudahkan!!!

Mudahlah kot bagi mereka yang paham lenggok bahasa aku yang sempoi . Bagi mereka yang pernah bercinta, benda ini kacang jer lar. Bagi mereka yang dah ada cop 'buaya darat' benda ni lagi lar macam mengorek tahi hidung jer. Cehh!!! Najis!!!!

Tapi yang tak pernah bercinta, apa lagi tak reti-reti nak bercinta. Wait! Sabar jangan gelojoh jang, jangan tercungap-cungap daro!!! Ingat nak bercinta pun kena ada ilmu sedikit sebelum dipraktikkan, barulah mabrur roh ini sebagai ibadat, kalau tidak bersiap siagalah kamu dengan kebodohan dan kecelakaan!!!

Apa yang penting, sebelum aku brakekan artikel ini, untuk mencapai cinta yang sejati dan cinta yang sempurna, kena ada syaratnya juga. Syaratnya seseorang itu akan dan telah meletakkan rohnya iaitu segala gerak-gerinya dan segala hidupnya adalah semata-mata untuk manusia lain, bukan lagi untuk dirinya. Iaitu semuanya adalah ibadat, syukur, zikir dan tasbih. Tidak mengharapkan apa balasan melainkan keredhaan dari Allah SWT.

Pada zaman sekarang ini, agak-agaknya berapa ramai wujud manusia yang boleh buat macam ni, segalanya ibadat untuk orang lain. Iaitu menerangi hidup orang lain, walaupun dirinya musnah. Kalau ada, pasti orang akan kata, insan itu 'bodoh'. Hakikatnya itulah kemuncak takwa. Insyallah, jika betul jalannya.

Ini merupakan syarat utama dalam mencapai cinta yang sejati dan cinta sempurna. Macam kita keluar dari rahim ibu, kepala yang keluar dulu dan membawa segala jasad kita keluar ke muka bumi ini.

Aku stop kat sini dulu. Aku sambung kat Bahagian 2, untuk aku explain tentang erti 'keadilan' pulak. Jom....

0 comments:

USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!

USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!
_'hit' sahaja baner di atas, untuk ekplorasi tentang 1001 RAHSIA TIDUR_