ALHAMDULLILAH DAN SEGALA PUJI HANYA UNTUK NYA DAN SERIBU SALAWAT KEPADA KEKASIHNYA. Semuanya yang aku tulis adalah semua perkara lama yang mungkin sudah diketahui, mungkin yang belum diketahui, dan amat mungkin yang kita sudah lupa. Kita sebagai umat hanya mengumpulkan, memelihara yang lama, dan diwajah barukan untuk kesegaran diri dan jiwa yang berterusan untuk hari ini dan besok.

Semoga artikel-artikel yang sedikit ini mendapat rahmat dan memberi kebaikan kepada kita dan keturunan kita sebagai manusia. Yang baik semuanya datang dari-Nya. Semua yang buruk datang dari aku. Insya Allah. Selamat Datang.

Selasa, 1 September 2009

ADA APA DENGAN CINTA??? (BAH.4)

Kesimpulannya cinta yang sejati adalah bermula dengan kepercayaan. Kepercayaan adalah permulaan ketika mencari erti hidup termasuklah erti cinta yang sejati. Kita kena perlu percaya, yang diri kita tidak boleh terpisah dari masyarakat sekeliling kita. Sepatutnya kepercayaan itu perlu subur iaitu dijauhi sebarang syak wasangka pada sesiapa pun. Kerana syak wasangka punca kepada bencana di dunia ini.

Makanya apabila bercinta, kepercayaan itu merupakan kekuatan ketika kita berjuang mencari erti cinta sejati, bahkan kekuatan itu bukan milik kita sahaja tetapi milik bersama dengan masyarakat disisinya. Kepercayaan itulah tempat dia bersandar apabila dia mulai lemah dalam berjuang. Maka ketika mencari erti cinta sejati, keimanan dan kepercayaan adalah tunjang segalanya.

Kepercayaan itu umpama nadi, untuk menjadikan seseorang itu menjadi seorang yang budiman atau sebaliknya. Tanpa kepercayaan, maka retaklah syaja'ah, iffah, akal dan hikmah satu-persatu, dan diri kita tidak ada apa-apa umpama mati sebelum dimatikan.

Bila kepercayaan itu sudah dihadam kemas di dalam hati, maka cinta itu membentuk diri kita adalah milik semua, atau untuk kita memiliki sesuatu secara hak. Maka endingnya adalah keamanan, ketenangan dengan kita sentiasa menghormati hak orang lain. Penutupnya, dengan bermulanya memahami cinta yang sejati, maka diri kita sudah tidak gusar untuk melangkah ringan dan laju untuk menuju ke destinasi yang abadi dengan penuh iman dan takwa. Insyallah.

Ini sahajalah diari aku tentang cinta yang sejati. Apa yang aku tulis panjang lebar dari Bahagian 1 sehingga Bahagian 4 sebenarnya adalah versi remix dari penulisan Prof. Hamka dalam tulisannya tentang Falsafah Hidup yang ditulis pada tahun 1964. Kadang-kadang aku pun tercunggap jugak dalam memahami cinta sejati ini. Wallahu a'lam.

Semoga Tuhan akan terus merahmati kita semua untuk mendapatkan cinta yang sejati. Insyaallah.

-Tukang Cerita-

0 comments:

USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!

USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!
_'hit' sahaja baner di atas, untuk ekplorasi tentang 1001 RAHSIA TIDUR_