Beginilah rupa kita, ketika roh ditiupkan dalam usia 40 hari yang ketiga dalam rahim ibu kita. Roh ditiupkan dalam tempoh ini. Kemudian ada hadis telah meriwayatkan ketika umur kita 40 tahun utusan peringatan roh untuk diambil akan menjenguk diri kita. Dan datang lagi pada usia 50 tahun, dan datang lagi pada usia 60 tahun memberi perutusan demi perutusan roh akan diambil semula. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ajal maut ditangan Tuhan. Wallahu a'lam.
ALHAMDULLILAH DAN SEGALA PUJI HANYA UNTUK NYA DAN SERIBU SALAWAT KEPADA KEKASIHNYA. Semuanya yang aku tulis adalah semua perkara lama yang mungkin sudah diketahui, mungkin yang belum diketahui, dan amat mungkin yang kita sudah lupa. Kita sebagai umat hanya mengumpulkan, memelihara yang lama, dan diwajah barukan untuk kesegaran diri dan jiwa yang berterusan untuk hari ini dan besok.
Semoga artikel-artikel yang sedikit ini mendapat rahmat dan memberi kebaikan kepada kita dan keturunan kita sebagai manusia. Yang baik semuanya datang dari-Nya. Semua yang buruk datang dari aku. Insya Allah. Selamat Datang.

Ahad, 2 Ogos 2009
RAHSIA NUTFAH 2
Disampaikan semula oleh Tukang Cerita Pada 8:57 PTG 0 comments
Koleksi Topik [H] RAHSIA JASADROH
Jumaat, 31 Julai 2009
RAHSIA NUTFAH..... EMBRIO LERR....

[Gambar Atas : Makhluk bernama Embrio ini berukuran 10mm panjang dan berusia dalam tempoh +/- 5 minggu. Gambar Bawah : Makhluk bernama Embrio yang berusia dalam tempoh +/- 6 minggu - PERIOD PERTAMA PENETAPAN TAKDIR DALAM NUTFAH ]Sumber : Wikipedia]
Jika ingin tahu, ketika manusia itu dalam keadaan nutfah. Apakah itu nutfah? Dalam terminologi embriologi ialah 'embrio'. Iaitu peringkat keempat yang berlaku pada minggu kedua selepas persenyawaan antara sperma dan ovum.
Dalam tempoh sebelum 14 hari itu, peringkat pertama, persenyawaan sahaja antara benih ayah (sperma) dengan benih ibu (ovum), makhluk itu dikenali sebagai zigot. Zigot terbentuk dalam tempoh 20 jam. Peringkat kedua, selepas 20 jam zigot dikenali sebagai morula. Iaitu makhluk yang telah mempunyai kesepaduan benih yang padu.
Peringkat ketiga, morula akan dikenali sebagai makhluk blastocyst. Iaitu makhluk yang terawang-awang dalam rahim ibu sebelum melekat dalam dinding ibu. Dalam al-Quran surah Al-Mu'minuun : 24, segala makhluk yang dicatatkan dalam sains embriologi iaitu zigot, morula dan blastocyst tetap disebut dalam al-Quran sebagai ALAQAH iaitu segumpal darah.
Selepas dua minggu, blastocyst akan menetap pada rahim ibu yang dikenali sebagai embrio. Yang dikenali bagi tempoh minggu kedua sehingga minggu ke-9 oleh pakar embriologi dunia. Itulah NUTFAH bermula!!
Selepas minggu ke-9, embrio akan dikenali sebagai fetus oleh ahli embriologi dunia. Kemudian lahir dikenali sebagai makhluk bernama bayi. Walaupun pakar embriologi dunia menamakan sebagai fetus selepas minggu ke-9 sebagai fetus, tetapi dalam al-Quran ia tetap adalah NUTFAH sehingga ia lahir ke dunia. Back to the story....
Ketika manusia itu dikenali sebagai makhluk yang bernama nutfah atau dalam bahasa kita disebut sebagai janin. Menurut hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Hudzaifah bin Asyad, sabda Rasulullah SAW bermaksud ;
"Malaikat masuk ke dalam nutfah setelah ia berada dalam rahim selama empat puluh hari atau selama empat puluh hari atau selama empat puluh lima malam. Lalu malaikat tersebut berkata, "Wahai Tuhan, apakah ia celaka atau bahagia?". Lalu malaikat itu menuliskannya dan bertanya lagi, "Wahai Tuhan, apakah ia lelaki atau perempuan?". Lalu malaikat itu menuliskannya. Ia menulis amal, balasan, ajal serta rezekinya. Setelah itu, catitan itu dilipat tanpa ditambah atau kurang."
Para ulama menyatakan, penetapan takdir bagi manusia berlaku dalam dua peringkat iaitu dalam tempoh empat puluh hari yang pertama. Terdapat juga riwayat yang menyatakan, takdir ditetapkan sekali lagi dalam tempoh empat puluh hari yang ketiga. Kedua-dua hadis adalah sahih dan tidak diragui kebenarannya.
Para ulama menyatakan, takdir pertama dalam empat puluh hari yang pertama adalah takdir dalam proses penciptaan, dari tiada kepada ada. Manakala tempoh kedua, empat puluh hari yang ketiga iaitu pada minggu ke-12, embrio telah dikenali sebagai janin, takdir dicatitkan sekali lagi bagi tujuan penyempurnaan pembentukan jasad manusia dan peniupan roh.
Cuba ingat semula, kisah Nabi Adam as diciptakan, diambil saripati tanah oleh Izrail, kemudian dibasahkan menjadi seperti tanah liat, kemudian dibentuk menjadi jasad dan dibiarkan selama 40 tahun, kemudian baru ditiupkan roh.
Maka jauhilah penguguran janin dalam usia 3-4 bulan dan ke atas, kerana roh telah ditiupkan, takdir telah dicatitkan. Jangan jadi pembunuh. Jika ia dilahirkan janganlah dibuang merata-rata. Manakala ibu-ibu yang keguguran anak dalam tempoh mengandung, maka itu adalah takdir yang telah ditetapkan untuk janin itu. Jangan bersedih!!!.
Wanita amat beruntung, kerana malaikat mendiami dan beribadat dalam rahimnya ketika kehamilan bermula. Itu bermakna rahim ibu seperti ruangan masjid yang kecil kemudian membesar. Tetapi, lelaki di mana?? Senyum...
Jangan durhaka kepada ibu, kerana tiada ibu tiada kita. Ingat rahim ibu!!! Rahim ibu adalah dunia pertama kita!!!
Wallahu A'lam.
[Renungan : Sebagai manusia jangan lah sesekali menyatakan sesuatu kesusahan itu takdir, kerana itu seperti keluhan bunyinya. Manakala berbangga dengan kesenangan sebagai takdir, itu seperti kesombongan pula bunyinya. Jadilah manusia yang terus bersyukur, kerana Allah SWT amat sayang pada orang yang diam dari keluhan dan kesombongan. Yang penting terus berusaha dan berharap dengan diam. Kerana berharap dengan diam padaNya adalah doa yang diam, dan Dia datang dengan 'diam' juga.]
Sumber : Kitab At-Tibyan- Ibnu Qayyim Al-Jauziah
Disampaikan semula oleh Tukang Cerita Pada 10:16 PTG 0 comments
Koleksi Topik [G] QADA DAN QADAR, [H] RAHSIA JASADROH
RAHSIA LABU..... PUMPKIN!
Jika ingin tahu, sayur labu merupakan sayur paling disukai oleh Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Anas RA, ketika Rasulullah SAW dijemput untuk sebuah jamuan yang diadakan oleh seorang tukang jahit pada zamannya, Rasulullah SAW dihidangkan masakan daging bersama sayur labu.
Rasulullah SAW memakan habis labu-labu yang terdapat di dalam hidangan itu, berbanding daging. Melihat situasi itu, jika sesuatu yang amat disukai oleh Rasulullah SAW pasti mempunyai 1001 kebaikan. Sejak itu lah Anas RA mencintai sayur labu ini.
Malahan kita pula di nusantara, lauk labu adalah makanan rasmi hanya ketika kenduri arwah sahaja atau majlis-majlis agama. Bila ditanya kenapa perlu lauk labu? Jika orang itu berilmu, jawapannya amat meyakinkan. Tetapi paling tidak, jawapannya ikut 'sunnah nabi' itulah jawapan mudah dari kebanyakan kita. (Sebenarnya, kenduri arwah bukanlah satu sunah sebenarnya seperti yang kita amalkan).
Dari penemuan sains, dari Kitab Tarkib al-Ath'imah, menjelaskan labu mempunyai kadar air yang mencapai 94.9% yang mengandungi SEDIKIT gula dan serat. 100 gram labu pula hanya mengandungi 65 kalori sahaja. Maka sesiapa yang mengalami obesiti, labu paling sesuai untuk menjadi lauk anda kerana amat kurang sodium dan ubat paling sesuai bagi yang mengalami tekanan (hipertensi).
Rasanya kalau zaman sekarang yang penuh tekanan ini, labu lah paling sesuai kot!! Murah pun murah!!!.. boleh save bajet kita..... automatik kurang hidup yang tertekan. Tension!! Tension!! Tension!!..... senyum......
Bagi mereka yang tidak lawas atau pun sembelit, lauk labu merupakan ubat paling mujarab untuk pelawasan selain buah-buahan kerana ia termasuk makanan paling lembut dan paling cepat reaksinya. Ia mengandungi potasium yang tinggi untuk pelancaran bagi penyempurnaan 'hajat' yang terpendam.
Air labu juga besar manfaatnya bagi mereka yang demam, menghilangkan rasa haus dan menghentikan sakit kepala ketika diminum atau dibasuhkan ke muka. Labu juga mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, besi, sulfat dan khlor.
Penemuan saintifik moden pada tahun 1985, labu mampu mencegah kanser!!!! Kajian ini dijalankan oleh National Institute for Cancer, Amerika Syarikat yang membuktikan labu melindungi penduduk New Jersey dari kanser. Maka tidak hairanlah ada hari labu dikalangan masyarakat kristian iaitu Haloween Day.
Itulah mukjizat Rasulullah SAW sebagai pakar botani , pakar kesihatan, dan pakar gastronomi . Mana mungkin seorang insan yang tidak tahu membaca boleh tahu 1001 rahsia tumbuh-tumbuhan jikalau bukan dari wahyu!!!
Paling sesuai untuk kita, 'biarlah si luncai dengan labu-labunya.'. Kasihan Si Luncai itu!!!

Sumber : Qabasat min Ath-Thibb an-Nabawi dari Mausu'ah Al-I'jaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim As-Sunnah Al-Muthaharah - Yusuf Al-Haj Ahmad
Disampaikan semula oleh Tukang Cerita Pada 10:54 PG 0 comments
Koleksi Topik [C] SIRAH NABAWIAH, [J] RAHSIA ALAM TUMBUHAN
NAZAR ABDUL MUTHALLIB - DATUK RASULULLAH SAW
Jika ingin tahu, sebelum Rasulullah SAW dilahirkan ke dunia ini. Peristiwa penyembelihan Nabi Ismail as dan Nabi Ibrahim as yang berlaku pada kurun ke-5 Masehi berulang semula. Tetapi kali ini berbeza iaitu ketabahan Abdul Muthallib iaitu datuk Rasulullah SAW untuk menunaikan nazarnya menyembelih Abdullah putera bongsunya.
Semua sedia maklum Abdullah adalah ayahanda Baginda Rasulullah SAW. Kisah ini terjadi, Abdul Muthallib merupakan ketua kabilah Quraisy yang bertanggungjawab terhadap kebajikan ibadat masyarakat jahiliah iaitu penyembahan berhala di Kaabah. Maka sebagai ketua kabilah itu, beliau perlu memastikan setiap umat yang datang beribadat korban di Kaabah perlu dijaga kebajikannya, khususnya bekalan air.
Setelah berkurun sehingga zaman Abdul Muthallib, telaga zam-zam yang terpancar dari kaki Nabi Ismail as, telah terkambus. Itu adalah petanda bagi Allah SWT yang tidak merestui ibadat masyarakat jahiliah pada ketika itu dirumahNya. Walaupun masyarakat Quraisy ketika itu dianggap beriman kepada Allah tetapi tidak mengesakannya. Mereka menggunakan berhala-berhala untuk menjadi perantara antara mereka dengan Allah. Ini lah yang dikatakan golongan musyrik.
Walau pun, atas nasab kemuliaan Abdul Muthallib, dia bermimpi dan tahu bahawa di antara dua berhala utama kaum Quraisy iaitu Isaf dan Na'ilah terdapat telaga air zam-zam yang telah terkambus lama. Sebenarnya sebagai ketua kabilah, Abdul Muthallib tiada masalah untuk menggali terus sahaja telaga zam-zam itu, namun desakan dan fahaman kolot masyarakat Quraisy kerana khuatir kedua-dua berhala itu marah jika dilakukan usaha itu.
Usaha Abdul Muthallib terhenti, pada ketika itu beliau hanya mempunyai seorang anak iaitu Harris, baginya tidak mampu untuk bersama dalam menentang kedegilan masyarakat Quraisy yang jahil dan fanatik dengan berhala-berhala sembahan mereka. Sedangkan usahanya adalah satu kebaikan untuk mendapatkan bekalan air bagi menampung jumlah penduduk dan umat yang akan datang berkorban pada tahun-tahun berikutnya yang bertambah.
Atas kecewa dengan kedegilan masyarakat Quraisy, terkeluarlah nazar dari hatinya. Jika ia diizinkan oleh Allah dikurniakan sepuluh anak lelaki, dia akan menyembelih salah seorang anaknya di hadapan Ka'abah sebagai korban dan pengakuan atas kurniaanya. Allah izinkan permintaan Abdul Muthallib, dikurniakan sepuluh orang anak lelaki, dan paling bongsu lahirlah Abdullah, iaitu ayahanda Baginda Rasulullah SAW. Lahirnya Abdullah, Abdul Muthallib memutuskan untuk menunaikan nazarnya demi Allah sebagai korban.
Sejarah penyembelihan Nabi Ismail as oleh Nabi Ibrahim as berulang kembali.
Sumber : Muhammad for The Global Village - Muhammad Al-Hasyimi Al-Hamidi

Disampaikan semula oleh Tukang Cerita Pada 12:15 PG 0 comments
Koleksi Topik [C] SIRAH NABAWIAH
Rabu, 29 Julai 2009
KENAPA 365 HARI DAN 12 BULAN?
Jika ingin tahu, pernah kah kita bertanya dari mana kiraan dalam kalendar ini? Dari ahli sains... memang betul jawapannya. Kerana ahli sains telah membuktikannya dengan kiraan bumi berputar dalam orbitnya sendiri dan orbit mengelilingi matahari. Tetapi al-Quran telah menceritakan perkara ini dalam bentuk yang Maha Halus dan Maha Benar dan Maha Rahsia. Yusuf al-Haj Ahmad, menjelaskan kata 'hari' dalam al-Quran dalam bentuk singular dan plural sebanyak 365 kali. Manakala kata 'bulan' dalam al-Quran sebanyak 12 kali.
Asas inilah yang digunakan oleh saintis Islam membangunkan ilmu falak. Manakala saintis barat mengesahkan pusingan bumi mengelilingi matahari dan pusingan bulan mengelilingi bumi. Banyak lagi rahsia-rahsia nombor ni.
Sebenarnya, ilmu falak dan kalendar telah dibangunkan lebih awal di dunia ini iaitu kira-kira 4,000 tahun dahulu oleh Nabi Idris as. Jika ada masa aku ceritakan lanjut perkara ini. Insya' Allah.
Renung-renungkan dalam-dalam dan fikir-fikirkan... bagaimana kalau hidup manusia tiada kalendar, pasti kita tidak tahu hari dan usia kita yang sebenarnya.
Sumber : Mausu'ah Al-I'jaz Al-'Ilmi Fi Al-Quran Al-Karim Wa As-Sunnah Al-Mutahharah - Yusuf Al-Hajj Ahmad.

Disampaikan semula oleh Tukang Cerita Pada 5:26 PTG 0 comments
Koleksi Topik [K] RAHSIA ALAM SEMESTA
Langgan:
Catatan (Atom)