ALHAMDULLILAH DAN SEGALA PUJI HANYA UNTUK NYA DAN SERIBU SALAWAT KEPADA KEKASIHNYA. Semuanya yang aku tulis adalah semua perkara lama yang mungkin sudah diketahui, mungkin yang belum diketahui, dan amat mungkin yang kita sudah lupa. Kita sebagai umat hanya mengumpulkan, memelihara yang lama, dan diwajah barukan untuk kesegaran diri dan jiwa yang berterusan untuk hari ini dan besok.

Semoga artikel-artikel yang sedikit ini mendapat rahmat dan memberi kebaikan kepada kita dan keturunan kita sebagai manusia. Yang baik semuanya datang dari-Nya. Semua yang buruk datang dari aku. Insya Allah. Selamat Datang.

Isnin, 3 Ogos 2009

JOM MAIN SUDOKU.... JAWAPANNYA 7 !!


Jom main Sudoku..... jawapannya semua 7!!!....

Cuba kita ambil semula artikel tentang Bilangan Rasul dan Nabi.

a. Bilangan Nabi adalah 124,000.
b. Bilangan Rasul adalah 313.
c. Bilangan Rasul yang wajib dipercayai (beriman) adalah 25.
d. Bilangan Rasul Ulul Azmi adalah 5 (Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as dan Rasulullah SAW)

Cuba kita kira-kirakan nombor ini....

a. 1+2+4 = 7
b. 3+1+3 = 7
c. 2 + 5 = 7


SEMUANYA PATAH BALIK KEPADA NOMBOR 7!!!! Zat Maha Allah Yang Maha Rahsia dan Maha Halus. Pernahkah kita terfikir apa maksud 7 itu? Aku amat pasti, Allah SWT tidak pernah menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia melainkan orang itu tidak memerhatikannya.

Bagi aku, ada sesuatu disampaikan oleh Allah SWT tentang 7 ini.
Mungkin aku boleh kaitkan dengan 7 petala langit dan 7 petala bumi. Aku setuju ia amat berkait. Tetapi kisah rasul-rasul dengan angka 7 lebih berkait dengan Peristiwa Isra' dan Miraj.

Kita rujuk Rasul-rasul yang menanti kedatangan Rasulullah SAW di setiap langit bermula langit pertama sehingga langit ke-7 dalam peristiwa Isra' Miraj. Siapakah Rasul-rasul itu?
  1. Langit Pertama - Nabi Adam as
  2. Langit Kedua - Nabi Yahya as dan Nabi Isa as
  3. Langit Ketiga - Nabi Yusuf as
  4. Langit Keempat - Nabi Idris as
  5. Langit Kelima - Nabi Harun as
  6. Langit Keenam - Nabi Musa as
  7. Langit Ketujuh - Nabi Ibrahim as
Pernahkah kita hendak ambil tahu tentang kisah-kisah 8 rasul ini? Rasanya kena ambil tahu dan perlu menjadi sari pati dalam diri kita, itu adalah jalannya untuk menjadikan solat sebagai syariat paling mulia dalam hidup kita. Syariat solat itu bukan perkara yang mudah, Rasulullah SAW pun mengakui situasi ini pada umatnya.

Saripati utama dari langit pertama sehingga langit ke tujuh tidak lain tidak bukan adalah manifestasi silaturrahim. Rasulullah di bawa bertemankan malaikat mengunjungi setiap langit dengan mengukuhkan silaturrahim, kemudian ke Arasy dan menerima perintah syariat solat dari Allah SWT. Tetapi kita dimana memahami manifestasi silaturrahim ini?

Memang lah mudah untuk berdiri dan solat, tetapi orang yang solat juga masuk Neraka Wail, jika tidak kena caranya. Jangan main-main dengan solat!!!!
Serta jangan main-main dengan perkara berkaitan silaturrahim!!! Walaupun beribu tips dibagi untuk mewujudkan khusyuk solat, selagi kita tidak faham manifestasi silaturrahim, tiada guna maksud solat itu. Adakah itu khusyuk??

Hakikatnya khusyuk yang dimaksudkan ialah khusyuk secara total dari berdiri sehingga tertib salam, dan khusyuk di luar solat juga secara total bermula hidup hingga mati, tiada sebarang was-was. Tetapi kita di mana? Dalam solat khusyuk hanya sekejap, lepas solat kita buat perkara yang menyakitkan hati dan menyusahkan hidup orang lain.... ada ke patut? Memang tak patut...

Dari 50 kepada 5? Cuba renungkan Rasulullah SAW mengambil masa 10 kali untuk turun naik dari langit ke 6 ke Arasy. Baginda Rasulullah SAW perlu melalui Langit 7, 8, 9 dan 10 berapa kali ? 10 kali. Pernahkah kita terfikir? Ada sesuatu rahsia yang besar disimpan oleh Allah SWT. Ini merupakan perumpamaan satu kerinduan Allah SWT kepada kekasihNYA!!!!

Jika nak fikir lagi jauh..... Pernah kah kita terfikir kenapa kita solat 17 rakaat satu hari? Iaitu 4 rakaat 3 kali, 3 rakaat sekali dan 2 rakaat sekali? Kenapa kita solat 10 rakat diwaktu siang dan 7 rakaat di waktu malam?.... jika hendak fikir yer!! Aku tidak paksa!!!

Kalau kita perhatikan semua angka ini ada dalam Mukjizat Isra' dan Miraj. Peristiwa Isra' & Miraj berlaku pada malam 27 Rejab. Rejab adalah bulan ke-7, kalendar Qamariah. Peristiwa ini berlaku dalam tahun ke-10 selepas Kerasulan Rasulullah SAW.

Jom kira lagi..... 2+7+7+1+0 = 17.... adakah 17 ini menjawab 17 rakaat solat sehari?? Wallahu A'lam.Hanya Allah SWT sahaja yang tahu, kita sebagai hamba hanya meneroka ilmuNYA.

Tarikh peristiwa itu berlaku, ini bermakna syariat solat diperintahkan kepada umat manusia ketika Baginda Rasulullah SAW berusia 50 tahun. Backward...... Rasulullah SAW menerima wahyu pertama pada usia 40 tahun iaitu pada malam 17 Ramadhan. Sekali lagi rahsia angka 17, 5 dan 4 bermain dalam rahsia solat.

Hendak lagi jauh.... berapa lamakah tempoh Rasulullah SAW menunaikan solat lima waktu selepas Peristiwa Isra' dan Miraj iaitu hanya 13 tahun sahaja sepanjang hayat Rasulullah SAW. Perhatikan angka 13 pada tertib solat kita ada berapa? 13 rukun wajib!!! Rahsia angka lagi....
Forward.... Rasulullah SAW wafat pada 12 Rabiul Awal tahun ke-11 Hijrah, ketika Baginda Rasul berusia 63 tahun. Rabiul Awal pula, bulan ke-3 mengikut kalendar Qamariah.

Kali ini, aku ajak semua kira-kira dalam kalendar Syamsiah. Syariat solat berlaku dalam Kurun ke-7 pada tahun 619 Masehi. Kita campurkan 6+1+9 = 16, dan jika dihitung dengan kalendar Qamariah, bilangan tahun kalendar Syamsiah perlu ditambah 1( usia dalam kalendar Syamsiah adalah lewat setahun). Makanya, kena kira semula 6+1+9+1 = 17..... Rahsia 17 lagi????

Semua angka solat bermain dalam lingkungan angka 1 hingga 7, tiada angka 8 dan 9. Rumusan jumlah rakaat sehari solat adalah 17 rakaat dalam 5 waktu.

Aku cuma memberi satu jalan sahaja, mungkin ada jalan yang lain dan lebih mudah. Kerana cinta tidak akan datang membuta tuli jika tidak dicari. Dan cinta juga tidak akan diberi kalau tidak dipinta. Cinta juga akan pergi, jika kedatangannya tidak diraikan. Semua perkara di dunia berlaku adalah disengajakanNYA bukannya kebetulan.

Tujuan ini bukan untuk menghina solat sehingga perlu dikira-kira atau berkira, tetapi apa gunanya kalau kita tidak memerhatikan asal-usulnya?? Aku hanya beri satu jalan sahaja, mungkin ada jalan pintas yang sudah ada dan lagi mudah, ikutlah sahaja jalan itu!! Lagipun setiap orang jalannya berbeza mengikut sesuai badannya, tetapi tujuannya tetap SATU!!

AWAS : JIKA ANDA TIDAK MAMPU BERFIKIR, HENTIKAN PEMIKIRAN KERANA IA BOLEH MEMUDARATKAN DIRI ANDA, KERANA SYAITAN MAMPU MEMESONGKAN!!!. PALING TIDAK BERTANYA ORANG YANG LEBIH MAHIR!!!! INSYALLAH ADA JAWAPANNYA. INGAT!! AKU HANYA MENUNJUK JALAN SAHAJA, TERPULANG KEPADA ANDA UNTUK MEMILIH ATAU TIDAK.

Wallahu A'lam

Rujukan :
Muhammad for The Global Village - Muhammmad Al Hasyimi Al-Hamidi
Kitab Qishass-al-Anbiya' Ibratun li-Ulil Albab - Ibnu Khatir
Mencapai Ma'rifat (Satu Pendekatan) - Ibnu Abdullah Al-Naqsyabandi


0 comments:

USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!

USAHA PENCARIAN SEKARANG INI!!!
_'hit' sahaja baner di atas, untuk ekplorasi tentang 1001 RAHSIA TIDUR_